Jodoh dan Pertemuan Adalah Takdir Yang Telah Ditentukan. |
Salam.
Anda yang kerut-kerut dahi bila memikirkan jodoh. Ada pula sanggup tak jumpa keluarga di kampung sebab tak mahu kena soal dan ditanya; "Bila nak kahwin?"
Bukan tak ada pilihan, tetapi hati belum terpaut. Pastu bila ada yang berkenan di hati, si dia pula dah ada yang punya. Alahai .. apalah nasib diri. Tetapi, seberapa ramai dari kita cuba berusaha untuk mendapatkan jodoh? Ohh masuk laman mencari jodoh .. ishh ngarut .. tu cari bala namanya .... jangan dibuat perkara gitu. Jaja diri sendiri dalam laman web? Ada ke patut?
Ada banyak cara nak dapatkan jodoh. Meh saya kongsikan satu petua yang pada fikiran saya jika dilakukan secara berterusan akan mendapat hasil yang baik. Yang penting kena tabah, sabar dan yakin.
PETUA CEPAT DIPINANG (RINGAN JODOH)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.
Selamat mencuba. Harapan saya semoga anda berjaya mendapatkan jodoh yang terbaik buat diri anda.
#update: Doa tidak mengenal siapa yang berdoa, Tuhan akan (dengan izinNya) memakbulkan doa-doa insan yang memerlukan bantuanNya, DIA tidak pernah memilih, hanya kita sahaja yang sering lupa ada Zat Yang Maha Agung yang memungkinkan segalanya.
#update: Doa tidak mengenal siapa yang berdoa, Tuhan akan (dengan izinNya) memakbulkan doa-doa insan yang memerlukan bantuanNya, DIA tidak pernah memilih, hanya kita sahaja yang sering lupa ada Zat Yang Maha Agung yang memungkinkan segalanya.
terbaik!!! :)
ReplyDeletepetua yang bagus.. like :)
ReplyDeletelau cepat tawar hati dgn pasangan...macam mana...?? insyaallah nak amalkan surah ni...mekasih ye...
ReplyDeletekalau amalkan surah tu tapi hati didalam tak berapa bersih mcmana ye?Jadi jugak ke?
ReplyDeleteMaklumlah,zaman skrg ni byk yg lalai dan alpa..bila dah takde jalan lain br nak berbalik kepada ajaran agama atau khasiat dan kebaikan surah2 Al-Quran.
trime kasih atas info dn tips nie..dekat same mcm entri sy cuma lain sikit critenya..=)
ReplyDelete@cleverspider55 a.k.a alam1cinta Rahmat Allah tak mengenal itu semua. Siapa saja yang memohon padaNYA pasti akan diberikan petunjuk dan hidayah.
ReplyDeleteDalam hitam hatinya itu, ada ruang sinar yang telah lama ada sejak ditiupkan roh ke dalam tubuh.
Jadi, kerana itulah kita perlu bersangka baik pada manusia, kerana kita semua berasal dari yang tempat yang sama.
petua yang bagus....
ReplyDeleteerm..mcmn nak hilangkan trauma akibat putus cinta?
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.