As-Salam.
Awas .. ohh awas wahai sahabat-sahabat blogger, serta pengunjung blog ini, jangan sampai anda dituduh melakukan penipuan klik iklan (click-fraud). Ini bukan isu baru .. dah lama dah, isu yang bukan melibatkan blogger je, malah jauh lebih besar.
Pernah pengasas sebuah medium pengiklanan blog meluahkan rasa kesalnya terhadap seorang blogger yang popular, tentang perkara ini - apabila syarikatnya dituduh tidak membuat pembayaran kepada blogger yang menjana pendapatan dari medium pengiklanan syarikatnya. Katanya, lebih kurang begini; "Nak buat bayaran macam mana sedangkan mereka melanggar terms and condition yang dinyatakan" ... hmm apa terms tersebut? katanya; "Click Fraud!!" atau dengan kata lain melakukan penipuan klik ...
Dulu, pernah meledak jugalah apabila ramai yang mengetahui bahawa blog leh buat duit, dengan klik iklan dalam blog .... time tu .. semua shoutbox yang ada dalam blog minta klik iklan di blog masing2 ... tak kurang juga yang ada sidebar tulis: Klik-klik Iklan Ini .... dan macam2 lagi ... dan tak kurang juga yang meninggalkan komen begini; "Saya singgah di blog klik iklan kamu, nanti singgah blog saya pula di http://xyc..... dan klik iklan di blog kami pula"
Hangat. Terus keluar kenyataan di satu medium pengiklanan .. dan terang-terang ditulis: SAY NO TO CLICK FRAUD.
Mungkin ramai blogger tak tahu, apa yang dimaksudkan dengan Penipuan Klik (Click Fraud). Dipetik dari salah satu blog medium pengiklanan:
Among some of the actions which constitute click fraud are;
Among some of the actions which constitute click fraud are;
- clicking on other bloggers’ ads and leaving a comment behind asking/hinting to the owner to click on their ads back
- asking for blog visitors’ help to click on the ads
- registering a large number of blogs and clicking on ads on each of them
- repeatedly switching to a different IP to click on own ads
Dan kebanyakkan dari medium pengiklanan (syarikat pengiklanan di blog) mendakwa mereka mempunyai kapasiti untuk mengesan sebarang penipuan yang dilakukan, jadi awas, jangan anda dituduh sedemikian. Anda juga harus tahu, bahawa ianya merupakan satu isu yang sensitif yang boleh menyebabkan keyakinan para pengiklan untuk memberikan ruang bagi medium pengiklanan yang lebih lumayan terjejas - yang saya maksudkan ialah Advertorial yang menjanjikan pendapatan hebat sehingga ribuan ringgit hanya menerusi satu (1) entri di blog!
Jadi, dinasihatkan ... jangan kerana terlalu mengejar pendapatan daripada blog, anda sangat ghairah hingga terlupa bahawa perbuatan anda mungkin salah di sisi undang-undang yang dinyatakan.
Syor saya, berbloglah kerana anda minat untuk berblog, bercerita, berkongsi info dan ilmu .. anda mungkin kagum bila baca ini: Bila Blog Beri Pendapatan Lebih RM10 Ribu. Namun, hakikatnya ia bukan dapat hasil dari jalan mudah ....
Sumber: Nuffnang
*p.s: Dulu, saya antara yang buat benda-benda ni, namun lepas teguran dari Kak Kujie, dan penjelasan dari Ustaz Zahiruddin ... saya tersedar, tak pernah pun nak baca terms and conditions yang disediakan.
Boleh share diblog sendiri utk peringatan? akn dibacklink ke blog ini..boleh?
BalasPadamHUhuhu.. tu dah diberikan kebenaran dah. Saya tak kisah blog kena copy dan paste ..:)
BalasPadamsaya pun jenis yang malas baca term & condition sampai saya sendiri tak tau cara share iklan tu salah. Tapi pasal clik fraud even saya tak baca term & condition pun saya tahu ia salah sebab satu penipuan secara terang terangan, kesalahan yang saya buat mungkin tempat2 saya share iklan tu sebenarnya tak boleh. Macam komen entri. sungguh saya tak tahu benda tu tak boleh. Tapi bila dah tahu saya cuba perbaiki la..
BalasPadamBlogger hebat mmg tak kisah blog kena copy and paste. Sebab yg 1, duit jadi darah daging...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.