Salam.
Kereta anda dah kusam? Cat yang dulunya berkilat-kilat dah makin pudar? Aha .. saya nak kongsikan satu petua ni ... actually, ia bukanlah petua yang hebat mana pun, semuanya gara-gara trial and error.

Kalau anda selalu basuh kereta ...bila mana tak ada sabun basuh kereta, anda harus tahu ada bahan lain di dalam rumah anda yang boleh digunakan untuk cantikkan kereta anda dan menjadikan ia bersih dan bersinar-sinar. 

Ok, mari tengok 'resepi' ini dan mencubanya .... tapi awas, jangan sampai membazirkan air!

Tips Untuk Polish Kereta Cara Jimat

Rahsianya ialah menggunakan pelembut pakaian sebagai bahan aktif membasuh dan membuatkan kereta kilat bersinar-sinar. Jangan gunakan peluntur pulak ehh .... 

Cara-caranya ialah:
  1. Bilas kereta anda dengan air bersih.
  2. Cuci dengan bersih segala kotoran, pastikan span atau kain yang digunakan bersih dan sentiasa diperah tiap kali membersihkan bahagian yang cela dengan kekotoran.
  3. Sediakan separuh baldi air dan bancuhkan dengan sepenutup penuh pelembut pakaiaan.
  4. Larutan tadi anda boleh lap dengan kain atau disemburkan dengan pam pemyembur pada seluruh body kereta anda.
  5. Biarkan larutan itu seketika pada badan kereta anda. Pada masa ini anda akan dapat melihat kesan serta merta larutan itu terhadap air yang melekat pada body kereta. Air yang melekat akan serta-merta menjadi bintik-bintik dan akhirnya mengalir turun.
  6. Jangan tunggu kering baru lap.... tetapi lap dengan kain lembab dengan larutan tadi sehingga kering.
  7. Dengan cara ini... anda seolah olah telah mempolish kereta anda. Anda boleh ulang berkali-kali proses (4)~(6) pada bila-bila masa.

Larutan itu juga anda boleh masukkan ke dalam tangki pengelap cermin supaya cermin anda seperti mencurah air di daun keladi.

Kebaikan guna larutan ini ialah ia tidak mengaratkan logam (baik untuk body kereta dan pemancut cecair cermin) malah menghalang pengaratan kerana benda ini selamat pada mesin basuh anda.

Selamat mencuba.
Sumber: Komuniti VF

10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nasib baik saya baca sampai habis kalau tak tadi dah nak capai clorox dah td hehehe

    ReplyDelete
  2. he3, kereta Ferrari tue, nyum2..

    ReplyDelete
  3. Owh..baru tahu! Rupanya senang je kot ea nak kasi kilat bersianr sinar tuh..haha.. pakai apa2 jenama pelembut pakaian pun tak pe ea??

    ReplyDelete
  4. info yang menarik.. lepas ni nak mintak en. suami buat..

    ReplyDelete
  5. idea yang bernas, lepas nie boleh cuba...jimat sikit duit nak polish

    ReplyDelete
  6. kereta jadi lembut tak nanti supaya senang diseterika? ekeke

    ReplyDelete
  7. thanks... tips yang baik...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement