Wanita memang kental semangatnya. Dalam sejarah pun ada melihatkan bagaimana wanita boleh memjadi seorang yang sangat kuat, sangat berpengaruh dan hebat. Malah, di zaman ketika dunia ini sedang porak peranda dengan peperangan, wanita adalah antara penyumbang kedamaian.

Betapa Hebatnya Semangat Seorang Wanita

Banyak nama-nama besar dalam sejarah dunia yang datangnya dari wanita. Tidak dinafikan mereka telah memberikan sumbangan yang begitu besar dalam transformasi, pemodenan dan perkembangan peradaban. Malah, mereka turut melakar nama dalam bidang sains dan teknologi, menjadi perekacipta yang hebat.

Pernah dengar pepatah, tangan yang menghayun buaian boleh menggoncangkan dunia? Hmm .. memang betullah tu, lihat saja beberapa kerajaan hebat dunia, tumbang dek kerana wanita. Tengok sahaja bagaimana seorang lelaki yang gagah perkasa layu hanya dek kerana belaian seorang wanita!

Cekal dan tabahnya seorang wanita boleh dilihat hampir di mana-mana sahaja di dunia. Mereka ingin bersaing, dan semangat mereka membara. Nampak mereka kini lebih dominan, samada kita sedari ataupun tidak, bilangan wanita di sesetengah tempat, industri, pekerjaan .... lebih ramai dari lelaki.

Di sini saya ingin kongsikan betapa semangat seorang wanita, yang telah jatuh ... lalu bangun ... dan berjaya dalam satu perlumbaan. Pasti anda akan kagum! Saya .. tentu sekali.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement