Hari ini saya nak berkongsikan mengenai hebatnya manusia melakukan sesuatu kerosakan. Ini bukan satu kerosakan biasa, tetapi melakukan rompakan. Mungkin kerana tamak, manusia-manusia yang terlibat dalam kejadian ini menjadi sangat kreatif dan manipulatif sehingga dapat mengelak daripada ditahan oleh pihak berkuasa.
Namun, seperti yang selalu kita ketahui, setiap perbuatan yang tidak baik itu, pasti akan berakhir dengan tidak baik. Walau bijak mana sekalipun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Jadi, dalam niat kita yang tidak baik itu, dengan segala perancangan yang teliti, ia takkan bawa ke mana ...pengakhirannya ... akan hanya jadi satu sejarah yang dikenang sebagai satu kenangan buruk.
Rompakan yang bakal anda saksikan merupakan antara rompakan terbesar yang melibatkan jumlah wang tunai yang sangat banyak selain daripada strategi yang dilakukan oleh perompak untuk melakukan rompakan tersebut.
Rompakan Brinks
Brink's Robbery |
Rompakan ini dilakukan di dalam sebuah bangunan iaitu Bangunan Brinks yang terletak di Boston. Satu geng rompakan yang dianggotai oleh 11 orang terlibat dalam rompakan ini. Sebanyak USD2.7 Juta telah berjaya dirompak oleh mereka. Mereka akhirnya tertangkap juga oleh pihak berkuasa.
Rompakan Baker Street
Baker Street's Robbery |
Rompakan ini telah berlaku sekitar tahun 1971 di sebuah bank iaitu Bank Baker Street. Buat info, Baker Street merupakan jalan yang terkenal di kota London, dan di situ terdapat banyak bangunan-bangunan yang menempatkan menteri dan juga para diplomat. Sebanyak 3 juta pound melibatkan barangan dan wang tunai telah dicuri dari peti simpanan deposit di dalam bank berkenaan. Pihak polis mendapati bahawa terdapat terowong yang dibina, daripada sebuah kedai berhampiran.
Rompakan Knightsbridge
Knightsbridge Robbery |
Rompakan Knightsbridge melibatkan rompakan peti deposit yang berlaku pada tahuan 1987 di London. 60 juta pound barangan dan wang tunai telah berjaya dirompak. Seorang penjenayah bernama Valerio Viccei telah ditangkap terlibat dalam kegiatan ini, termasuklah mereka yang lainnya bersubahat.
Rompakan Berlian Antwerp
Antwerp Diamond Heist |
Bandaraya Antwerp terletak di negara Belgium, dan ia juga dikenali sebagai ibukota berlian. Bandaraya ini menempatkan hampir 80% berlian yang telah ditentusahkan sebelum ia dijual ke pasaran dunia. Rompakan ini berlaku pada tahun 2003, apabila hampir $100 juta berlian yang masih belum dipotong (uncut diamonds) telah dirompak, namun malangnya kesemua berlian itu agak sukar untuk diperoleh kembali.
#Bersambung.
hebatt.. tapi ada yang tertangkap jadi x berape hebat la. hehe
BalasPadamhahhaaa asl bersambung ek .. huhu
BalasPadamRompakan Baker Street tu boleh review dalam film lakonan Jason Statham: The Bank Job. Cerita UK yg best pernah sy tonton dan masih layan sampai skg. Bro, try lar usya cerita The Bank Job, cerita tu mengisahkan perihal macam mana rompakan itu berlaku. Serious feel. ^^
BalasPadam@Mr.Thinker@Ali Saya rasa pun macam pernah tengok je citer ni. Kalau tak silap, tahun lepas punya cerita kan? Ke dua tahun sudah ..erkkk maaf kalau silap. Tapi siyes, saya memang suka cerita2 yang plot macam ni, buat kita fikir macam apa yang mereka fikir.
BalasPadam@waN Mohd Salim Bersambung ler ..kasik korang baca dulu ..heheheeh
BalasPadam@HasrulHassan [HH] Yup. plot cerita yg menyebabkan kita berfikir baru mencabar. Saya lebih suka cerita2 yg berdasarkan kisah benar. Menarik dan terasa tidak ditipu sepenuhnya. ^^
BalasPadamPembetulan untuk bro: The Bank Job cerita tahun 2008. Hehehe. ^^
@Mr.Thinker@Ali Hmm mungkin baru tgk la tu ... saya memang suka lakonan mamat ni ... John Stratam ni
BalasPadamsalam...
BalasPadambila sebut nama baker street ni, teringat pulak citer detektif - sherlock holmes. sama ada dlm novel atau filemnya (sherlock holmes, lakonan robert downey jr.), nama baker street tu sgt sinonim dgn karakter ni.. saya dah tgk citer ni berulangkali sbb best.
Malaysia dulu pun ada juga kes kecurian berprofil tinggi. Bank rimau. Seingat saya korek luba dari saluran longkang besar tembus masuk bilik kebal.
BalasPadamSampai sekarang tak jumpa gerangan orangnya.
Hebat kan?
Alhamdulillah saya sampai ke website tuan, dah lama saya tak ikuti.
BalasPadamboleh kongsikan link nak naikkan seo blog tak?
Bukan sikit hasil rompakan tu. Hebat sungguh.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.