As-Salam. Apa yang paling ketara mengenai ciri-ciri seorang blogger yang hebat, seorang blogger yang berjaya - maksud HH benar-benar berjaya adalah bukan kerana dia berjaya mendapatkan pendapatan ribuan ringgit dari blognya. Bukan juga mempunyai ribuan followers dalam laman blognya. Bukan jugak kerana dia mempunyai trafik yang tinggi menerusi blog.


7 Sifat Seorang Blogger Yang Berjaya


1. Bersedia Untuk Belajar Benda Baru
Seorang blogger berjaya, tak akan hadapi masalah malah sentiasa mengalu-alukan sebarang idea dan cadangan baru, menerusi komen2 di blognya, dia tidak mudah melenting dan terasa hati, tetapi bersedia untuk menerima pandangan yang ada. Ini membuatkan blognya semakin mantap sehari ke sehari.

2. Blogger Berjaya Sukakan Buku
Bukan suka macam klik LIKE2 tu .. tapi sentiasa menambah ilmunya dengan pembacaan. Dia membuka luas mindanya terhadap sesuatu perkara dari pembacaannya. Dan dari situ, ia menjadikan entrinya sebagai tempat untuk melampiaskan apa saja pandangannya yang mungkin berbeza perspektif dari yang lain.

3. Sentiasa Bantu Dan Menaikkan Nama Blogger Lain
Ramai blogger yang secara tetiba naik, dan nama mereka dikenali ramai. Ini adalah kerana sifatnya yang sentiasa menghargai blogger lain menjadikan dia dikenali sebagai rakan blogger. Posting seperti; "5 Blog Pilihan Saya ...." atau "Blog Pilihan Malam Ini ..." merupakan contoh-contoh posting seorang blogger yang berjaya.

4. Aspirasi Blogger Berjaya Adalah Kehidupannya
Seorang blogger berjaya akan mengaitkan apa sahaja yang berlaku di sekeliling, dengan apa yang difikirkan lalu menterjemahkan dalam entrinya. Blogger berjaya memerhati keadaan sekeliling dengan sangat teliti. Sebagai contoh; bercerita tentang keadaan sesak dalam komuter atau LRT, dengan mengaitkan dengan sikap yang seharusnya patut ada.

5. Blogger Berjaya Bersedia Mengaku Akan Kesalahannya
Seorang blogger berjaya mesti sedia untuk mengaku kesalahan jika ada. Lebih-lebih lagi jika anda seorang blogger yang selalu dok beri nasihat, petua dan tips yang pada dasarnya blogger tu sendiri tak buat benda tu. Apabila pembaca tetiba dapat menghidu apa yang anda buat dan tidak buat, maka ... janganlah berdolak-dalik. Ngaku saja. Itu perlakuan jujur dan menjadikan anda seorang blogger hebat.

6. Blogger Berjaya Akan Cuba Membuat Perhubungan Positif
Ada kata perjumpaan antara blogger yang dibuat oleh blogger tak lebih dari mencari populariti. Tetapi sebenarnya, ia adalah satu bentuk interaksi antara sesama blogger yang menyatakan mereka sebenarnya bukan blogger bertopeng yang nak tutup muka. Mereka pelaku yang jujur di sebalik kata-kata di dalam blog. Mereka sentiasa berkomunikasi dalam apa jua medium yang boleh.

7. Blogger Berjaya Adalah Yang Merendah Diri
Hmm .. mereka ini seperti yang saya katakan tadi, tidak kejar glamour, mereka bukan nak popular, tetapi mereka merupakan blogger yang memang suka dan seronok berblogging. Mereka suka highlight blogger lain, dan tak pernah meletakkan diri mereka sebagai yang terbaik.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mari Sama Kongsikan Buat Semua:
Copy Paste Entri Ini Untuk Semua Tahu Bagaimana Menjadi Seorang Blogger Yang Berjaya. Bila Semua Blogger Melakukan 7 Perkara Ini, Mudah-mudahan Ia Akan Membawa Keberkatan Kepada Semua.


23 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ya,setuju dengan point ni semua
    blogger berjaya bukan ditentukan oleh jumlah hari berblogging ataupun jumlah follower..tetapi lebih daripada itu sebenarnya

    jom jengah entri baru saya

    TRAGEDI JUN 2011:

    http://azrijohan.blogspot.com/2011/07/tragedi-jun-2011.html

    ReplyDelete
  2. uik banyaknya luna lanun post entri terbaru. ermm sangat setuju dengan semua 7 sifat ni.. malangnya saya tak cukup 7.. haihh

    ReplyDelete
  3. Ha"ah lah bro...betul tu..
    er..satu lagi nak tanya la...canne korang buat kat entry korang tu...klik SINI terus dapat bukak blog yang dimaksudkan...pening duk cari...x jumpe r...
    Tolong ea??

    ReplyDelete
  4. ok..akak join nih...:)

    http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2011/07/7-sifat-seorang-blogger-yang-berjaya.html

    ReplyDelete
  5. salam... tak mungkin saya akan ada smua ciri2 tu.. maybe 1 or 2 ciri shj. yg salah2 tu byk kene btulkn, yg kurang pulak byk kene blaja lg :-)

    ReplyDelete
  6. allhamdulillah ramai blogger berjaya jugak sekarang ni :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.. dpt tips baru di sini

    ReplyDelete
  8. best giler info ni..btw, blog banku mmg terbaekk sbb bnyak info2 yg best2 pasal bolg.. :)

    keep it up! :)

    ReplyDelete
  9. macam saya...wohaha...(mood perasan..:)

    ReplyDelete
  10. bnyk info la abg ni... thanks bro...

    ReplyDelete
  11. tips yang baik... nanti akan di share....

    ReplyDelete
  12. masih jauh lagi untuk smpai ke thap berjaya..tapi,thanx HH for the info..moga sme2 dpt manfaat..

    ReplyDelete
  13. ramai blogger dah berjaya sekarang kata Cik Bee tu haa..memang betul apa yang HH katakan

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum HH...menarik entry ni bagi banyak info buat semua blogger2...:)

    ReplyDelete
  15. like this :) cuba terapkan dalam diri.. insyaallah

    ReplyDelete
  16. Hahaha... ensem kan .. :) sama-sama, sentiasa sokong blog Malaysia terbaik.

    ReplyDelete
  17. wah ada gambar kami. terima kasih atas sokongan terhadap kami :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement