Salam.
Tadi, pergi sholat Jumaat, kali ini Amri ikut. Dok dalam jalan kaki ke masjid, saya terperasan sesuatu, lalu saya bertanya pada Amri;
"Ehh Amri kenapa tak pakai songkok?", tanya saya.
"A'ah .... lupa, che Amri lupa, tak perasan", kata anak saya.
"Abah pun tak pakai ...", kata Amri lagi.
"Songkok abah dah tak muat ... "
"Tak apa ke tak pakai?", Amri tanya saya.
"Songkok ... tutup kepala ketika solat ni perkara sunat kita buat, sama juga dengan pakai wangi2 ..." kata saya memberikan penjelasan.
"Hmm sunat tu apa?" tanya Amri lagi.
"Sunat, kalau kita buat kita akan dapat pahala, kalau tak buat, tak dapat apa-apa" jelas saya pada Amri.
Hmm ... gitulah apa yang saya dan anak sulong saya dok chit chat semasa on the way ke masjid. Sekarang cuba bayangkan yang ini, anggap yang wajib tu nasi lemak dan sunat tu adalah sambal nasi lemak.
Sedapkan nasi lemak? Kalau kita nak kenyang, leh je makan nasi lemak tu saja, tanpa ada sambal bilis ke, sambal sotong ke mahupun telur mata kerbau. Kita boleh kenyang, tapi tentu lebih sedap dan menyelerakan jika ditambah sambal sotong ke, sambal udang ke, telur rebus ke ...mahupun timun atau kacang goreng. Kita lebih berselera dan makan pun kenyang dengan puas.
Jadi gitulah halnya dengan amalan-amalan sunat, yang saya ibaratkan dek sambal tadi. Tak tambah pun tak apa, kita pasti akan kenyang, tetapi lazatnya kurang, dan mungkin kita tak berapa puas menikmati nasi lemak tadi. Nak serikan lagi nasi lemak, kita tambah aksesori ni, macam amalan sunatlah juga.
Makin banyak amalan sunat yang kita lakukan di samping ibadah wajib, maka makin cantiklah ibadah wajib kita itu.
:)
setuju!! saya suka entry ni..^_^
ReplyDeletependekatan yang best...suker..
ReplyDeletebetul tu ...penyampaian yg menarik mudah di fahami terutama golongan kanak2 :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.