Peribadi terbaik seorang wanita ialah jelita dari segala segi. Petua orang lama, jika mahu cari yang benar-benar cantik, seorang lelaki perlu mencari dan memilih seorang wanita yang dahulukan agama dalam sudut semua perkara. Sebab ... agama menjaga peribadi wanita, jika baik agama, maka in Sha Allah, baik dan cantik jelitalah juga dalam perkara yang lain.
Bila Lelaki Memilih Gadis Jelita Untuk Jadi Pasangan Hidup
Apabila mencari pasangan hidup sebegini - cantik rupawan, faktor yang perlu diambil kira dan sangat penting sebenarnya adalah latar belakang pendidikan agama dan moralnya. Agama akan menjaga tingkah-laku dan peradaban seorang wanita. Menerusi tingkah-laku seorang wanita, seorang lelaki sudah boleh agak bagaimana sifat seorang wanita itu sebenarnya.Wahai lelaki, carilah yang cantik dengan didikan agama yang cukup. Bukan sekadar tangkap muat sahaja.
Cantik Jelita Bukan Ukur Kebahgiaan Berumahtangga
Apabila seorang lelaki fikir hanya untuk mencari gadia yang cantik dan jelita sahaja sebagai ukur untuk kebahagiaan dirinya dalam berumahtangga, maka lelaki itu mungkin akan membuat kesilapan. Dan kesilapan paling besar dalam sebuah kehidupan berumahtangga ialah penceraian.Beredarnya zaman perlu mengambilkira faktor sekeliling si wanita. Jelas pada kita bahawa cara hidup wanita sekarang sudah jauh berbeza berbanding wanita pada waktu satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman wanita di awal usia muda, gadis muda adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah si gadis kepada yang buruk maka buruklah jadinya tingkah-lakunya sebagai seorang wanita.
Itu sebab dalam bab perkahwinan Melayu dalam Islam, ada langkah yang perlu - risik, pertunangan dan barulah pernikahan. Lelaki yang mahu pilih gadis jelita, wanita cantik sebagai isteri tidak boleh tergopoh-gapah .. kena merisik dahulu, dan kemudian bertunang untuk tahu latar belakang dan kenali hati budi. Bukan diri body gadis atau wanita tersebut ... huhu ..
Pun begitu, lelaki yang mahu pilih wanita atau gadis jelita, kena perlengkapkan diri dulu dengan akhlak terbaik seorang lelaki. Jangan nak impikan sesuatu yang sedap ... andai diri itu dipandang pun tak lalu .. huhu.
Nak cari yang terbaik, kena jadi terbaik.
Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. - Bidalan SerbiaKredit Foto: Bella Mahathir
hmm..setuju 100%.
ReplyDeleteye setuju. carilah gadis yang menyayangi mu seikhlas hati.
ReplyDeleteparas rupa tu hanyalah bonus tapi keikhlasan hati lebih penting kan?
ReplyDeletekat atas tu semua jelita.....muka baik2.
ReplyDeletejelita tu bonus...yang ptg hati mau baik.
cari pompuan yg baik akhlak nye.. :)
ReplyDeletesemua wanita layak mengatakan diri mereka cantik tapi pastikan kata-kata itu terbukti bukan hanya luaran tapi juga dalaman... :)
ReplyDeletejodoh, hgn terlalu memilih...
ReplyDeleteEntri terbaru, pilih je mana yang korang nak baca:
1. Ye Saya Akui Saya Minat Dengan Suami Orang Ni! So What?!
2. Inilah Yang Dikatakan Sooooo Good Tu?! Biadap Sungguh! Boleh Lingkup KFC Gara-Gara Video Ni
3. Jodoh - Jangan Terlalu Mengejar Yang Sempurna
jangan cantik kat luarnya aje...dalam pun mau cantik maaa!!!1
ReplyDeletejangan memilih yang gila jantan dahlah
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletekan ke dlm al-quran/hadis dah bgtau kriteria utk pilih pasangan? keturunan, harta, kecantikan dan agama. sebaiknya pilih beragama.
err.. yg tepi skali tu lawa la... hehehe :-D
Semua lelaki pon begitu...
ReplyDeletememang segelintirnyer memandang kecantikan,tapi tidak semua..kalau dpt yg jelita tu,itu satu bonus untuk dia,so bersyukurlah..yg penting,kecantikan itu tidak menjamin kebahagiaan kita n cantik x kekal lama akn hilang d mamah usia..
ReplyDelete100% setuju
ReplyDeleteRasanya semua lelaki nak...cuma jodoh nasib badan tk dapt hahaha
ReplyDeleteYang cantik le sedap mata memandang.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.