Salam.
Jika dulu, kita sering ambik berat tentang perkara ini, sebabnya ialah kita selalu menggunakannya ... kita selalu menggunakan di kala kecemasan, malah ia juga tempat untuk memadu kasih yang jauh di mata. Tempat bergayut berjam-jam tanpa mikirkan bahawa ada orang lain juga dok menunggu untuk bertanya khabar.


Masih ingat lagi, masa belajar dulu ... ada satu pondok telefon yang memang lain dari yang lain. Masuk 20 sen leh cakap berjam-jam walaupun anda telefon di luar kawasan, atau panggilan bukan tempatan. Jika selalu, kalau panggilan luar kawasan ni, 20 sen takat boleh cakap salam, apa khabar dan sudah makan ke belum je .. lom sempat nak cakap jenis lauk ..udah kena masukkan syilling lagi 20 sen.

Tapi kini, ia tidak lagi begitu dihargai. Malah dah tak ada penunggu pun. Apa yang ada ... hanyalah tampalan iklan yang serabut merosakkan pandangan. Letak iklan no telefon di pondok telefon yang tak punya gangang dan tak berfungsi .. hmmm adakah dia yang bijak atau kita yang tak prihatin?



Kita merosakkan kemudahan awam yang disediakan oleh pihak berwajib, tetapi kita tak endah kerana kita tidak lagi memerlukannya ... ya ... kita dah abaikan benda yang dulunya kita nak sangat ia dalam keadaan baik. Malah masuk akhbar, komplen sana-sini... bila dah ada, tak pula dijaga. Yelah, dah tak digunakan lagi .... kan kan .. hmmm gitulah nasib, hanya bila diperlukan diberikan perhatian ..bila tidak lagi .... jadilah begini ...

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Wah, sangat suka dengan kaler baru blog ini! :D

    ReplyDelete
  2. bila da diberikan kemudahan..
    seringkali disalahgunakan..
    dirosakkan...bila da rosak macam ni...semua tak boleh guna...
    ditinggalkan macam tu je la..=_=

    ReplyDelete
  3. tu la rakyat m'sia. slalu sgt rosakkan kemudahan. kalo time xde, mintak. bila dah ada jadi mcm tu pulak. dlm byk hal, rakyat kita kurang kesedaran sivik.

    ReplyDelete
  4. teringat lagi zaman muda2 dulu.. disini le tempat caling2 org yang tersayang.. pastu kompom tension bila kena beratur panjang untuk buat panggilan hahha

    ReplyDelete
  5. dulu suka guna telefon awam..sekarang dah lama dah tak guna..yg deat ngan rumah nie pun dah rosak lama dah..

    ReplyDelete
  6. salam bro
    sekarang ni
    bende ni lah jadi mangsa vandalisme.
    teringat pengalaman seorang ibu,kami sama2 baru lahirkan baby pertama dan baby kami kena duduk ICU tuk newborn,public phone semua rosak,tp kena call juga familynya, ermergency.dia takde hp sebab org susah,memang sedih dibuatnya...syukurlah saya ada di sisinya ketika tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement