Dunia Siber Penuh Dengan Tipu Daya Manusia Bertopeng. Foto: KOSMO |
As-Salam.
Kerja mereka memang camtu, buat selagi daya, selagi boleh. Mereka berpegang kepada prinsip air dan batu. Batu akan lekuk juga apabila terkena titisan air hari2 ...begitulah amalan yang mereka lakukan.
Bijak mereka ini, dan mereka sangat cekal dalam menjalankan kegiatan mereka. Mereka ada di mana-mana, dalam blog, dalam facebook, dalam email malah dalam telefon bimbit kita.
Saya sering menerima sms yang berbaur lucah dari ntah punya mana punya nombor, wife saya pun pernah beberapa kali menerima sms yang serupa. Dan pernah sekali, kerana geram, saya hantar mesej balas yang mengatakan saya dah laporkan kepada SKMM. Senyap la sekejap dalam seminggu dua... lepas tu ... ada balik saya terima sms yang cenggitu. Adehh... berazam benar mereka ni.
Begitu juga dengan email. Perghhh .... memang tak larat nak tekan delete. Ada satu akaun saya tu, sekali saya buka .. ada 800 emails ...mak bapakkk giler banyak ... bila klik satu2 ...bukan email yang benar2 email pun, semua bercampur baur. Ada program money game la, ada program cepat kayalah, ada tu suruh verify akaun, tak lepas dengan guna Maybank,dia guna nama CIMB ... adehh yang nyata, saya tak gunakan pun email tu, hanya sekadar bakup kalau akaun email saya yang lain tak leh akses.
Tapi, bukan semua yang cukup kebal dengan pujuk rayu siber ni. Ramai juga yang terpedaya. Dah banyak kes dah, tak perlu saya nak huraikan. Bukannya tak tahu, dah sedia maklum pun .. tapi ntah .. mungkin kerana tamak kot, dan mungkin ada sebab2 lain yang mendorong mereka ini buta mata, buta hati menurut sahaja kata si penipu.
Moga kita, sentiasa berwaspada selalu. Malang tak berbau. Hari ini kata boleh, sebab belum kena, esok lusa .. tak sapa yang tahu. Jangan main2 dengan pujuk rayu .....banyak dah yang layu walaupun asalnya keras kematu!
alamak..sama lah kiter..dapat email ntah hape2...
BalasPadamthanks Hasrul...suka ni dapat balik bukak blog ko...uhuk..uhuk...
meh join..ptng ni ke Bukit Tinggi
@khunsuriyatit Hmm memang ada hati nak ke Bukit Tinggi cuma tak pergi2 lagi ..no time and not enuff pulus mulus .. hehehe..
BalasPadamhuhu....rasa2nya cam derang ni auto sender jek...setiap ari send kat email n sms... Spam kan jek deran ni
BalasPadamdah banyak kali kena...entah apa2 punya email, kdg2 sampai 1,000 lebih...terpaksa la delete semua..kdg2 tercampur juga dgn email dari friends...tu sbb berhati2 bila nak delete email yg tak berfaedah tuuu
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.