Oh ada blogger yang takut berkahwin? Kenapa mereka takut? Mana tak takut apabila nilai hantaran perkahwinan 'mencekik' leher. Kini, bukan bahananya terasa dek bakal lelaki yang ingin bernikah, tetapi juga si wanita. Hmm rata-rata macam risau dengan jumlah dan nilai hantaran yang perlu disediakan oleh pihak pengantin dalam tekad untuk mendirikan rumahtangga.

Hmm, saya suka sekali berkongsi sesuatu dengan anda semua - terutama yang bercadang untuk menamatkan zaman bujang. Untuk pengetahuan, saya sudah berkahwin lebih 10 tahun, mempunyai seorang isteri yang saya kenali semasa di tingkatan 3, ada 4 orang anak dengan 3 lelaki dan seorang perempuan (updated 2017).

Jangan Takut Untuk Kahwin

Jangan Takut Untuk Kahwin
Time saya kenal, saya tidak bercinta - mungkin ada kata saya start bercinta dari sekolah. Saya mula bercinta semasa semester terakhir, di sebuah IPT dengan seorang gadis Kelantan - yang sah2 bukan isteri saya sekarang ni.

Saya berkahwin di suku usia seabad. Dan alhamdulillah, di sebalik segala dugaan yang ditempuh sebelum, semasa dan sepanjang perkahwinan ini, dapat diatasi dengan baik secara bersama.

Takut Kahwin Kerana Nilai Hantaran Tinggi?

Jangan Takut Untuk Kahwin
Jangan takut untuk berkahwin jika sebab musababnya kerana anda takut dengan nilai hantaran. Kata orang, jika dah bulatkan tekad, ditajamkan niat, in Sya Allah, segalanya akan berlaku dengan mudah. Usaha dan banyakkan berdoa. Anda bukan buat kerja tak elok tetapi mencuba untuk meningkatkan darjat di sisi Tuhan.

Jadi, apa yang penting sekali adalah kesungguhan anda untuk merealisasikan impian dan harapan murni. Bincang bersama dengan pasangan anda, berdua untuk memudahkan cara, boleh dibawa famili untuk sama-sama merancang, tetapi dalam banyak2 pengalaman saya, makin ramai yang jadi pembuat keputusan, akan makin susah .... jadi sebaiknya, kurangkan penglibatan mereka yang boleh membuat anda rasa resah gelisah.
Jangan Takut Untuk Kahwin
Namun, dewasa ini dah ada banyak yang boleh mempermudahkan urusan, cuma duit jadi taruhan. Jika mampu leh ambik wedding planner, tetapi alangkah bagusnya jika perkahwinan anda adalah hasil usaha anda sendiri. Ia lebih diberkati...insyaAllah.

p.s: Maaf gambar kahwin saya tak ada untuk dimuatkan dalam post ini .. hehehe...
 

12 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ak takut untuk berkahwin.. berkahwinkan mendirikan masjid.. meluaskan empiyar islam.. kalau dah niat nk kawen.. berusaha ntuk kumpul duit.. bukan bagi pihak lelaki je.. pihak perempuan pun sama kene berusaha kumpul duit

    ReplyDelete
  2. takut jugak lah awk nk kwen
    awl sagt pulak
    t kene marah ;p
    hntaran nilai tak pntg. janji nilai sebuah haty lagi pntg;)


    kalo sudi jmputlah sini
    http://mawarkuwada.blogspot.com/2011/07/blogundi-waaaaah-by-datin-tyka.html

    ReplyDelete
  3. nasihat + pengalaman..dan saye memerlukan info sebegini tq BK :)

    ReplyDelete
  4. saya dah kawin. mana ada takut, lg syok ada laa. bila dgr2 cakap org ni, kdg2 org saje jer mengusik nak takut2kan kita. walhal, bila bdepan sndri dgn tok kadi, smua jadi ok jer.. hahaha..

    yg lain2?? :-)

    ReplyDelete
  5. takut tu tdk..tp lum bersedia sepenuhnya galas tanggungjwb sbg isteri...

    ReplyDelete
  6. bercinta dr tngkatan 3? wah.. lame tu=)

    ReplyDelete
  7. @Cik Asma BLuppy Ehhh ... saya ada kata bercinta ke? Tak ada bercintanya ... start bercinta dengan orang lain, time final sem kat ipt. Saya cuma katakan saya kenal isteri saya skang ni start dari form 3, tak der bercintanya lagi ...kenal bukan maksud cinta maa...

    ReplyDelete
  8. bercinta ngan orbg lain,kawen ngan orang lain...bukan kes putus cinta...tapi cinta terhalang...kes saya la tu..serik??...takk...cuma sedey...

    ReplyDelete
  9. buat ler sedarhana kalau tak mampu...

    ReplyDelete
  10. Saya juga tidak bercinta dulu. Sebab dia tersedia ada di sebelah rumah jer. Jiran saya :)

    Perjumpaanmeeting.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. berkahwin kerana ikut sunnah, bukan untuk bermegah-megah..

    ReplyDelete
  12. Bukan takut.. Belum siap ...hehe. Benar yg abe hasrul ckp.. Semakin bnyak yg membuat kputusan semakin susah nak memutuskan. . Tgah kumpul duit gak sebab lepas nikah nti pon kna ade prepare yg ckup. Insyaallah... susah senang sama2 . Yg penting bg lisa.. Restu orang tua

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement