Ok, saya ingin berkongsi cerita oleh seorang penceramah wanita yang memang popular, dia bercerita tentang bagaimana seorang isteri dapat melindungi suaminya dari terkena sihir pengasih. Apa yang dilakukan oleh isteri tersebut ialah dengan melakukan dua amalan berikut. Nama penceramah saya tak disclose atas sebab-sebab tertentu yang boleh berikan aib pada seseorang secara tidak langsung. Jadi ikuti panduan dibawah ini ...
2 Amalan Untuk Lindungi Suami Terkena Sihir Pengasih
Baca Doa Sebelum Tidur
Sebelum tidur, bacalah ayat-ayat Al Quran. Al-Quran merupakan mukjizat sepanjang zaman, diturunkan kepada Rasulullah untuk kegunaan dan panduan umatnya. Bacalah 3 khul (surah al-Ikhlas, surah al-Nas dan surah al-Falaq), jangan lupa baca permulaan doa dengan surah al-Fatihah dan akhiri doa dengan ayat Qursi. Berwudhuklah sebelum tidur, agar kita berada di dalam keadaan suci.Baca Doa Sebelum dan Sesudah Keluar Tandas
Jadikan amalan membaca doa sebelum dan sesudah menggunakan toilet satu kemestian. Dalam tandas, tempat-tempat kotor dan gelap adalah tempat persembunyian jin dan syaitan. Jika kita tersilap langkah, mudah sahaja mereka ini menggoda. Kerana itu kerja laknat mereka, walaupun di mana mereka berada apatah lagi di dalam tempat persembunyian.Begitulah adanya. Banyakkan amalan-amalan sunat yang lain, seperti membaca Al Quran, solat-solat sunat dan sebagainya. Untuk info, terdapat beberapa jenis sihir untuk membuatkan suami hilang 'selera' kepada isterinya. Antaranya ialah ...
- Sihir Tafriq (Sihir memisahkan suami dari isterinya)
- Sihir Mahabbah (Sihir Cinta)
- Sihir Takhyil (Sihir Khayal)
- Sihir Hawatif (Mimpi Buruk)
- Sihir Junun (Sihir Kegilaan)
Pun begitu, ada juga sihir pengasih yang mendekatkan si suami dengan isteri. Namun awas .... perlakuan ini jauh bertentangan dengan ajaran Islam. Ia seperti mencampakkan diri ke dalam api neraka.
sebelum tidur juga ambil la wuduk terlebih dahulu dan mulakan semua perkara dengan membaca Bismillah. InsyaAllah akan terlindung
ReplyDeleteInfo yang bagus,,:)
ReplyDeletesetuju. yang paling baik adalah dengan berdoa dan melakukan amalan amalan yang mengikut syariat islam. ada orang kata tak salah berubat dengan bomoh kerana berusaha. masalahnya... yakin kah kita yang akdiah kita tak kan terpesong. lebih jauhkan je lah
ReplyDeletetips berguna...thanks....
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletebtul tu. cuma terfikir, maybe sesetgh org rasa byk sgt tips dr al-quran yg boleh diamalkan dan utk mcm2 tujuan yg baik. maksudnya utk perlindungan, murah rezeki, dll. kalo terasa mcm berat or susah, pilih la yg dirasakan mudah dulu. contohnya baca 3 qul, ayat kursi dan al-fatihah. amalan2 lain pula, ambillah sedikit masa utk hafal dan amalkannya supaya di masa akan dtg, kita boleh gunakannya utk jadikan diri kita lebih baik..
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.