As-Salam.
Saya tertarik dengan satu isu yang diketengahkan oleh rakan blogger yang memang terkenal, iaitu Ben Ashaari. Dan daripada entri di blognya iaitu di sini, dah ada dah menunjukkan bagaimana sesuatu blog itu boleh kena deleted.
Sebenarnya, saya sendiri dah punyai pengalaman blog kena deleted pada tahun 2008. Pada ketika itu, saya sangat aktif dalam affiliate blogging di mana saya menggunakan pendekatan meletakkan iklan sahaja termasuklah adsense di dalam blog saya. Ketika itu, tiada iklan lagi dari Nuffnang, Innity dan sebagainya.
Saya cuba masuk (login) dan ada dinyatakan bahawa blog saya telah dilaporkan sebagai abuse dan tag sebagai sebuah blog spamm. Dan ianya berlaku kepada 2 blog saya ketika itu. Satu pengalaman yang cukup bermakna.
Ada dua perbezaan antara blog yang kena delete dengan blog yang didelete. :) sila lihat contoh ini:
Blog Kena Delete Oleh Blogspot (Blogger)
Bila anda taip url blog tersebut, dia akan keluar begini di skrin anda:
Ini menunjukkan bahawa blog anda didelete oleh pihak Google(blogspot/blogger) kerana didapati spam atau dikategorikan sebagai sebuah blog spam.
Blog Yang Telah Ditutup Oleh Tuan Punya Blog
Blog ini bukan disebabkan blogspot menutup blog tersebut tetapi tuan punya yang tutup blog tu, mungkin atas sebab-sebab tertentu, dan ada dalam beberapa kes, sedang berada dalam review oleh pihak blogspot/blogger.
Untuk pengetahuan, blog saya yang tak boleh diakses itu, sebelumnya telah diberikan satu amaran menerusi email oleh pihak Google, di mana mereka akan menyatakan bahawa blog anda telah ditag atau dilaporkan sebagai blog spam menerusi dua cara:
- Robot Blogspot/Blogger atau Robot Enjin Carian Google.
- Ditag atau dilaporkan 'Abuse' oleh pengguna blogspot/blogger yang lain.
Melalui dua cara ini, blog anda berkemungkinan berhadapan dengan masalah kena delete. Namun, apabila anda telah diberitahu bahawa blog anda telah dikatakan spam atau abuse, anda akan diberikan tempoh masa untuk permohonan penarikan status tersebut dengan menyatakan sebab kenapa dan mengapa, dan pada masa yang sama, akan diminta membuat beberapa perkara untuk menunjukkan bahawa blog anda bukan spam/abuse blog.
Jadi, jangan risau apabila blog anda kena berhadapan situasi begini, kerana ada jalan penyelesaian yang disediakan oleh pihak blogger/blogspot nanti.
Jadi, apakah ciri-ciri blog itu dikatakan sebagai satu blog spam?
Paling biasa berlaku adalah dalam ruangan komen, di mana pengomen meninggalkan link di dalam ruangan komen, dan link tersebut merupakan satu link spam atau dilaporkan sebagai berbahaya. Jika tidak delete, maka blog anda akan berhadapan dengan masalah kena delete.
Berikut adalah ciri-ciri link yang boleh menyebabkan blog anda ditag sebagai blog spam menerusi komen atau menerusi entri-entri di blog anda dan juga bloglist:
- Blog anda atau link yang ditinggalkan mempromosi GPT / PTC / PTS / PTW, dan yang seumpamanya - teknik jana wang cepat dan mudah;
- Anda menghabiskan masa anda menulis kandungan bersindiket ataupun kandungan sama walaupun url blog anda berbeza, atau menggalakkan aktiviti sedemikian;
- Blog anda menggunakan teknik untuk menjana trafik secara buatan - seperti contoh iFrame.
- Blog anda menggunakan kandungan yang dicuri (tanpa sumber dinyatakan), atau bersindiket ;
- Blog anda adalah sebahagian daripada ladang pautan atau "affiliate" rangkaian pemasaran, dengan pautan dari dan ke blog lain , yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti ini;
Adakah masalah ini sedang diatasi?
Seperti biasa, untuk mengelakkan blog anda dianiaya, ruangan komen di blog anda dilengkapi oleh mekanisma spam detection, di mana ia akan selidik komen tersebut terlebih dahulu, seandainya ada link url diberikan, ia akan semak samada ia merupakan satu link yang bercirikan dinyatakan di atas atau tidak, lalu ia akan terpapar di ruangan spam comment di dashboard blog anda.
Dan seperti saya katakan tadi, pihak blogger/blogspot selalunya akan memberitahu bahawa blog anda tak boleh diakses kerana dikatakan spam, dan akan meminta anda untuk lakukan sesuatu untuk mengembalikan blog anda. Blog anda akan direview mungkin sampai 2-3 kali sebelum dibolehkan ia kembali ke asal.
Ok. Harap ada yang faham. Ini merupakan catatan berdasarkan pengalaman saya dengan situasi ini. Mungkin ia berbeza dengan orang lain yang mengalami masalah yang serupa.
Sumber: The Real Blogger Status
*p.s: Oleh sebab itulah saya ada dua akaun dengan Google .. :)
saya pun pernah kena mcm tu.. mmg frust betul dibuatnya kan..
ReplyDeleteterima kasih share info ni.. pernah jadi blog di delete tapi tu masalah blogspot je. mujur lepas setengah dah elok hari tu
ReplyDeletewaa
ReplyDeleteinfo baek nih!
maceeeh!
nice info, sayang BK. hehe XD
ReplyDeleteinfo yg menarik..... aku x nak tinggalkan link kt komen arrr..heheheh
ReplyDeleteWaaahhh ... Takutnyee .. Camne kalau kena blog nih .. Ngeeee
ReplyDeleteinfo menarik...thanks for share;))
ReplyDeleteinfo terang nyata dan jelas.. sbb ada pengalaman sdrkan?
ReplyDeleteSeb baik En HH kasik tau.....kat shoutbox banyak gak yang tinggalkan link spam...
ReplyDeletetreima kasih sbb sudi share info menarik nie...=)
ReplyDeleteSaya perlu tolong!!! Harap harap kamu orang boleh bantu saya...
ReplyDeleteProblem saya adalah ni...
Saya ada satu blog dan blog itu adalah khas blog bagi dance crew saya dan saya telah mengguna theonecrew@hotmail.com sebagai email blog itu....selepas beberapa bulan saya mahu buat satu youtube channel dan saya telah register account dan pada bila saya register account tu saya letakkan email yang saya sama guna denagn blog sya tu...dan saya telah letak birth date saya 2007 kerana itu lah bila kita start dance crew kita tu~ lepas tekan register dia tulis pada saya umur aku terlalu kecil~belum mencukupi untuk mendapatkan account~ bila saya check pada blog saya ~Blog saya kenak removed dan youtube account saya yang register pun di Disable...dia ckap email kamu hanya akan di aktif jika kamu tekan salah...tapi dia perlu gOVERMENT-ISSUED ID Saya.....saya baru 16 tahun apa tu saya pun tak tahu....harap boleh tolong saya lah...blog itu sangat penting bagi saya! tinggal 20 hari akan di delete tolonglah! X..(
akak pun pernah kena gak..mmg frust giler waktu tu,nasib baik ianya x berpanjangan
ReplyDeletemcm mana pulak kalau blog kita direct ke other site? mcm mana nak buat? hue..sedih
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.