Salam.
Semalam saya ada tengok satu dokumentari, walaupun ia berbahasa Cina tetapi saya memang ralit menonton rancangan terbitan 8TV ini. Banyak maklumat yang saya dapat daripada menonton cerita tersebut.
Saya sering menonton dokumentari dalam bahasa mandarin di 8TV, banyak cerita yang tak mudah ditonton di saluran lain, saya akan tonton di situ. Ia menarik perhatian saya kerana kadangkala ia meletakkan nilai prejudis jauh ke tepi. Saya memang sukakannya.
Dan antara fakta menarik yang ingin saya kongsikan kepada anda ialah bagaimana pelacuran di negara ini bermula. Menurut dokumentari yang disiarkan, pelacuran sebelum ini adalah halal di sisi undang2 di Tanah Melayu sebelum tahun 1870an. Tiada sebarang undang2 di Malaya ketika itu yang melarang aktiviti ini.
Kebanyakkan pelacuran yang berkembang adalah disebabkan permintaan daripada buruh2 asing yang dibawa masuk bekerja ke dalam Malaya. Oleh kerana tuntutan ini, banyak gadis belasan tahun dan ada di antaranya berumur semuda 4 tahun dibawa masuk menjadi barang dagangan. Mereka kebanyakkannya berasal daripada tanah besar China.
Di China, aktiviti ini dilihat sebagai satu perdagangan yang amat menguntungkan. Bermulanya perdagangan manusia di China untuk pelacuran adalah apabila ramai buruh dari negara tersebut dibawa masuk ke Amerika Syarikat yang pada ketika itu sedang pesat membangun.
Prostitution - China Oldest Profession. Foto: China Expat |
Aktiviti pelacuran ini disebabkan oleh beberapa perkara; iaitu:
- Untuk melangsaikan hutang
- Sebagai gadaian kerana berhutang yang akhirnya terjebak ke kancah pelacuran
- Penipuan
- Sukarela
Antara tempat terawal di negara yang berkembang pesat dengan aktiviti ini ialah di Pulau Pinang dan juga di Kuala Lumpur di mana banyak buruh asing dari negara China berada. Malah terdapat persatuan yang diwujudkan untuk melindungi para pelacur ini, kerana kebanyakan daripada pelacur ini adalah di bawah umur, dan adakalanya menjadi mangsa penderaan. Malah ada kes yang melibatkan pelacur dibunuh setelah 'tuannya' jemu dengannya.
Pelacuran Menjadi Satu Profession di China. Foto: ShanghaiIST |
Permerdagangan orang sebegini menjadi satu pengerak ekonomi negara China satu masa dahulu, di mana setiap seorang wanita yang dijual oleh keluarganya boleh mendapat subsidi tertentu daripada kumpulan kongsi tertentu seperti beras, pakaian, serta duit untuk sara hidup. Oleh sebab itu, ramai keluarga di China suka beranak ramai kerana bagi mereka, lebih ramai anak terutama perempuan, lebih membawa tuah kepada keluarga.
Di Tanah Melayu, limpahan aktiviti pelacuran ini telah menjadikan satu masalah. Lalu, keadaan yang tidak terkawal memaksa pihak Inggeris yang memerintah Tanah Melayu pada masa itu mewujudkan Ordinan Wanita dan Gadis 1870 yang menetapkan bahawa setiap rumah pelacuran dan rumah sundal didaftar.
Sumber: Wikipedia dan Forum Cari
Dan sebagai sumber tambahan: PakcikLiOO
tak sangka pelacuran juga jadi bhn kajian,.. tp mcm mana pulak sejarahnya pelacuran mula jadi haram di tanah melayu ye?
ReplyDeleteBgeitulah bagaimana undang2 yang dibuat manusia tidak dapat mengekang perkembangan tidak bermoral ini.
ReplyDeleteke salah kita yg slalu sgt berlembut hati dlm semua hal? rasanya perkara ni xkan berkesudahan selagi ada pihak duk buat keje2 x elok ni..
ReplyDeleteselagi ada permintaan selagi itulah ada penawaran.. jadi lain kali kalau kena rush, mestilah jangan tutup muka yang pergi tu. ni tidak yang pelacur tu tubjuk muka, jantan yang pergi tu ditutup tutup muka tu... pastu pelacur tu kena hantar balik.. pelanggan kena denda sikit.. yang melayu pun tak sedar diri,,, tak tau halal haram.
ReplyDeletesaye pon tengok jugak dokumentari tu. best. btol3. mmg tak boleh tengok kt saluran laen. kalu tak silap mggu lepas punye pasal buruh cina. yg pelacur tu sambungan die.
ReplyDeletesaye pon tengok jugak dokumentari tu. best. btol3. mmg tak boleh tengok kt saluran laen. kalu tak silap mggu lepas punye pasal buruh cina. yg pelacur tu sambungan die.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.