Salam.
Jika cakap pasal perang dunia, semua orang akan cakap perang dunia kedua, World War II, sebabnya ... kerana negara kita, Malaysia yang tercinta ni sedikit pun tak terjejas. Namun, gitulah sejarah, hanya yang berkaitan je akan dijadikan sumber dan dimanfaatkan, kalau tak ... uhh buat apa nak ambik tahu kan?
Jadi, di sini saya nak kongsikan sedikit pengetahuan mengenai Perang Dunia Pertama... bagaimana ia boleh berlaku dan kenapa ia berlaku. Saya sifatkan Perang Besar (The Great War) adalah bersifat peribadi kerana tercetusnya perang itu adalah akibat dari satu pembunuhan pemimpin.
Pasangan pewaris takhta ditembak jarak dekat. Foto: Wikipedia |
Peristiwa ini berlaku pada satu pagi, 28 Jun 1914. Pembunuhan Franz Ferdinand dari Austria, pewaris takhta Austria-Hungary, dikatakan adalah penyebab utama bagaimana perang dunia pertama tercetus. Pembunuh pewaris takhta ini merupakan seorang nasionalis berbangsa Yugoslavia. Ketika itu, Franz Ferdinand bersama isterinya, Sophie baru sahaja tiba di stesen keretapi Sarajevo. Mereka telah diserang sewaktu sedang dalam perjalanan ke sebuah dewan, pasangan ini ditembak dengan dua peluru dari jarak dekat oleh Gavrilo Princip menggunakan pistol separa automatik 9x17mm buatan Belgium model 1910. Peluru pertama menembusi perut isterinya yang sedang mengandung dan kedua terkena urat leher Franz Ferdinand.
Yang menariknya, bukan Gavrilo Princip sahaja yang ingin membunuhnya pada pagi itu, malah terdapat 7 lagi pembunuh yang dikenalpasti untuk melaksanakan tugasan itu. Malah sebelum Princip berjaya membunuh pasangan terbabit, telah berlaku satu lagi percubaan membunuhnya tetapi gagal.
Nasionalis Prinsip ditangkap. Foto: Wikipedia |
Oleh kerana peristiwa ini, pihak kerajaan Austria-Hungary isytiharkan perang ke atas Serbia, namun perang tidak berlaku serta merta kerana kedua-dua negara terikat dengan satu perjanjian. Oleh kerana Serbia diancam, pihak Russia campur tangan untuk pertahankan Serbia. Akhirnya dari satu campur tangan ke satu campur tangan asing yang lain, maka perang itu mula merebak ke seluruh dunia ketika itu.
Pencerobohan pertama adalah Austria-Hungary ke atas Serbia yang berlaku pada 28 Jun. Ia kemudiannya diikuti oleh serangan Jerman ke atas Belgium, Luxembourg dan Perancis; dan serangan Rusia ke atas Jerman kemudiannya. Peperangan ini kemudian hanya statik di satu tempat dinamakan Barisan Barat - dimana peperangan antara dua buah kuasa bertelagah hanya tertumpu di situ sehingga 1917.
Namun di timur, berlaku penentangan yang kuat antara kuasa Russia dengan kuasa-kuasa Austria-Hungary, tetapi telah berjaya dilumpuhkan oleh tentera Jerman. Namun, peperangan kembali melarat selepas Empayar Turki Uthmaniyyah menyertai perang pada 1914, Itali dan Bulgaria pada tahun 1915 dan Romania pada tahun 1916.
Perang ini telah menyebabkan Empayar Rusia runtuh pada tahun 1917, dan Rusia meninggalkan perang selepas Revolusi Oktober yang berlaku kemudiannya. Selepas serangan 1918 Jerman di sepanjang hadapan barat, Amerika Syarikat telah memasuki medan pertempuran dan dikenali sebagai tentera Berikat yang telah berjaya menghalau tentera Jerman. Pada 11 November 1918, satu genjatan senjata telah termeterai dan dikenali sebagai Armistice Day.
Nanti saya akan ceritakan apakah yang terkesan dengan peperangan ini, dan bagaimana ia telah mengubah peta dunia!
Sumber lengkap: The First World War
moral of the story: - jgn berdendam dan jgn kerana perkara sesuatu erkara hingga tercetusnya permusuhan..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.