As-Salam. Apa yang paling penting? Kuantiti atau kualiti entri blog? Pernah gak la yang bertanya, mana yang paling bagus, buat entri sekali banyak satu hari, atau sikit je entri tapi entri gempak. Hmm ... dua-dua sebenarnya ada impak tersendiri, dan ada kekuatan dan kekurangannya.
Kuantiti
Untuk tampil dalam dunia blog dan blog dikenali, kuantiti entri adalah perlu. Apabila banyak entri dihasilkan, maka lebih banyak kalilah enjin carian akan menjumpai blog kita. Pendekatan hasilkan banyak entri sehari ini perlu bagi blogger yang baru nak menapak dan mencari tapak sendiri dalam dunia blog.
Itupun sebenarnya bergantung dengan apa yang ingin diperoleh dari dunia blog. Sekiranya anda mahukan pengunjung blog yang ramai, dan tingkatkan pageviews blog anda, lakukan cara ini, banyakkan entri di blog anda.
Anda boleh buat sehingga 4-5 entri sehari. Dan insyaAllah, entri yang banyak paling minima pun pasti akan berikan lebih kurang 50-200 pageviews sehari - khas buat blog baru. Dari kuantiti entri blog, anda sebenarnya akan meningkatkan kualiti blog anda dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain.
Kualiti
Jika anda mahukan pembaca, maka entri anda perlulah berkualiti. Gaya penyampaian anda perlu menitik beratkan apa yang pembaca anda suka. Selalunya, kualiti ini akan terhasil apabila dah semakin banyak kali kita buat entri (kuantiti). Dari kuantiti entri di blog, kita menjana pembaca dari pengunjung.
Semakin baik tulisan kita dalam blog. Semakin baik kualiti entri di blog, maka akan lebih ramai akan masukkan blog kita dalam bloglist mereka tanpa kita minta, ianya berlaku secara automatis.
Semakin baik tulisan kita dalam blog. Semakin baik kualiti entri di blog, maka akan lebih ramai akan masukkan blog kita dalam bloglist mereka tanpa kita minta, ianya berlaku secara automatis.
Selalunya, kita akan menitik beratkan kualiti entri apabila kita sudah ada pengunjung tetap. Pada masa ini, kuantiti dah berkurangan .... namun pada satu aspek lain, kualiti entri kita dah semakin mantap.
Semakin banyak kita buat entri (kuantiti), kita akan belajar cara bagaimana untuk memikat pembaca, kita akan dapat melihat mana posting paling disukai, yang ramai orang klik dan baca, maka dari situ, kita bina identiti penulisan kita daripada segala percubaan yang telah dilakukan - dengan membuat banyak entri pada satu2 masa.
Namun, harus ingat .. apabila anda menjadi seorang blogger yang memberatkan soal kualiti, reputasi anda sebagai seorang blogger juga dah ada dan dikenali, jangan sesekali buat silap, kerana mungkin kerana kesilapan yang satu, akan menyebabkan sejumlah kuantiti entri anda tidak lagi bermakna, apatah lagi jika ianya tidak berkualiti.
Maka, sama penting je antara kuantiti dan kualiti. Dari kuantiti memantapkan kualiti. Dari kualiti, mencerminkan kuantiti.
Lebih banyak tips dan panduan saya telah berikan - hanya klik PANDUAN BLOGGING.
kualiti lgi bgus...
ReplyDeletebanyak entri tetapi tidak berkualiti, kualiti ke laut pun tak berguna juga... macam sy dulu2 le... hr2 buat entri tp takde kualiti langsung. Skrg pun masih perbaiki mutu penulisan. Terima kasih sifu sudi beri tips ini :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.