As-Salam.
Apabila sebut je blogger newbie, saya pun tak pasti apa cirian yang boleh dikatakan blogger baru. Adakah dia baru membuat blog sehari dua lepas - dalam platform blogspot, sedangkan sebelum ini dia selalu berblog dalam MySpace dan Friendster? Adakah dia dikatakan blogger baru apabila baru saja update blognya hari ini setelah 2 tahun tidak menulis entri? Atau adakah dia dikatakan blogger baru kerana hari ini baru tahu macam mana nak mereka cipta dan menulis entri dalam blog?

Siapa yang berikan status ini? Dan dari sudut manakah dia dikatakan blogger baru? Jumlah posting? Jumlah followers? Jumlah komen? Tahun buat blog? Jumlah pageviews blog?

Orang asyik nak tahu siapa dia blogger otai, dan saya pernah terangkan dahulu apa itu blogger otai, malah buat beberapa entri mengenainya. Tapi, apa pula definasi bagi blogger baru? Newbie?

Mungkin cirian ini boleh membantu kenal-pasti:
  • Blog menggunakan sangat banyak widget.
  • Tajuk atau nama blog agak panjang, contoh: Ini Blog Budak Batu Gajah Berumur 35 Tahun!
  • Url blog agak panjang, contoh: akubudakbatugajahyangensem.blogspot.com
  • Url blog yang tak punyai makna tertentu, atau maknanya hanya diketahui pemilik blog sahaja. Contoh: themazinininepeopleofdormeight.blogspot.com
  • Gambar sana sini, di entri utama, di sidebar, di bawah, di tepi, di atas.
  • Iklan juga sepah sana-sini, kat tepi, sebelum buka blog, lepas tutup blog, kat bawah, tengah2 blog!
  • Blog ada lagu.
  • Ada widget pelik, contohnya: pelangi, salji, trailing mouse dan macam-macam.

Ini merupakan pendapat saya sahaja, mungkin orang lain ada pandangan sendiri. Tapi apabila saya anjurkan segmen buat blogger baru, perkara-perkara di atas sering saya jumpa.

Dan ... erkk saya juga ngaku, masa saya mula2 berblog (2007) dulu, hampir kesemua perkara di atas tu saya buat dalam blog saya ..... dan makin berganda bila blogspot diambil-alih oleh Google pada 2008/2009.


19 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Blog saya ada ciri2 blog blogger baru tak? haha

    BalasPadam
  2. klu bnyk sgt widget nanti blog jadik 'berat'. lambat nak loading.

    BalasPadam
  3. @ArELeEz Bukan sahaja widget tetapi juga gambar yang uncompressed ...:)

    BalasPadam
  4. @Akulah Pak Lan Hanya jauhari mengenal manikam .. :)

    BalasPadam
  5. hahaha,dulu camtu gak


    http://azrijohan.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. hehehe...blog sy ada gak widget2 tu tp x terlalu berat kot sbb x sampai 30 saat pun loading...:)

    BalasPadam
  7. SALAM,
    LF NI ORANG LAMA. JADI BLOG LAMA LAH !

    BalasPadam
  8. 1 lagi ciri HH lupa..

    FONT DAN WARNA TULISAN YANG PELIK.

    hahaha:)

    *macam saya dulu*

    BalasPadam
  9. @Alip Apai A'ah .. tulisan pelik2 ehh ... hm font kecik beso ..kecik beso kaler warna warni bagai ehh .. hmmm memang dulu betul2 tak tahu kan .. main sebat je ..hahaha

    BalasPadam
  10. mase baru2 buat blog, sy punya blog pun banyak widget + sangat2 lah colourful..huhuhu...

    BalasPadam
  11. (Tajuk atau nama blog agak panjang)

    hehe.. kalau 4 patah macam tag kat blog saya, dikira panjang dan masuk dlm kategori ni tak..?? :)

    BalasPadam
  12. Haha..lain pulak dgn saya..masa mula2 ada blog dulu,blog saya kosong...tak ada apa2 pun..haha ;p

    BalasPadam
  13. a'ah la betol2..teringat plak dulu letak lagu

    BalasPadam
  14. salam bro..

    rasanya kalo xde la panduan buat penulis2 baru ni, ntah mcmana la nasib diorg bila menulis..

    buat blogger2 baru, disarankan supaya tanya dulu pd yg senior sblm mulakan langkah nak menulis dan mcmana nak hasilkan blog yg baik. saya dulu pun gitu la, dptkan nasihat n sikit tips dr yg senior di laman2 forum b4 mula bukak blog..maybe saya akan ceritakan sikit mcmana saya bermula di blog saya nnt.

    BalasPadam
  15. saya pun nak tanya jugak...blog saya ada ciri2 blog blogger baru x? huhuhuhu

    BalasPadam
  16. Saya mmg seorang blogger baru.. masih 'lost', masih blurr n tercari2 cara blogging yg terbaik... Bukan untuk jadi yg terbaik tapi skadar untuk belajar selok belok blogging ni.. Harap HH dapat berikan komen & terima kasih diucapkan sebab byk bagi tips berguna pada saya..

    BalasPadam
  17. mujur la bagi sape yang tau macam mane nak wat widget byk2 tu...mcm blog aku hampeh...kosong gile...*aku agk buta IT...arap sape dapat tolong utk memeriahkan blog aku...bkan meriah ape pun...dpt kemaskan n letak pape yg patut pun jd la

    BalasPadam
  18. saya tak minat widget2 yang serabut bagai nie...lebih suka yg simple..maybe terlalu simple sangat kot blog saya nie...time nak bubuh widget yang berkenan kat hati ade saje yang tak kena..ketara sangat la saya nie blogger baru...

    BalasPadam
  19. Emm lau tengok blog kwan ni truk x? kwn bru buat td. Hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement