As-Salam. Tentu syokkan, apabila satu entri anda boleh memberikan pendapatan yang hebat. Ianya bukan satu perkara mustahil. Ia boleh berlaku, seandainya entri anda itu benar-benar berkualiti.
Apa Maksud Entri Berkualiti?
Pertama sekali, ia mestilah original, bukan dicedok dari mana-mana penulisan. Ia mungkin berdasarkan pengalaman anda tentang sesuatu perkara, samada produk, samada ulasan tentang tempat dan sebagainya.
Ia merupakan entri yang menarik minat untuk orang membaca. Ia juga menjadi rujukan, dan paling penting, ia dikongsi ramai. Ia mungkin punyai hits yang tinggi.
Bentuk Entri Berkualiti
Selalunya, satu entri yang dianggap berkualiti ialah entri yang tertumpu, ini bermakna ia menceritakan tentang satu topik tertentu secara detail. Ia memberikan gambaran yang cukup jelas dengan apa yang cuba disampaikan.
Entri yang berkualiti selalunya berada dalam siri tertentu. Mungkin jatuh dalam kata kunci yang sama - contohnya Percutian Di Bali. Dalam entri-entri mengenai percutian ini, anda menceritakan tentang pengalaman anda serta tempat2 menarik satu persatu secara mendalam. Anda juga gambarkan perasaan anda sehinggakan ada pembaca terpesona dengan keseronokan anda. Ia mungkin entri berkait dari A ke B, dengan A bercerita tentang tempat A dalam percutian tersebut manakala B mungkin tempat B ataupun jenis makanan yang ada pada tempat A tadi.
Berbentuk Bab Dalam Buku
Entri sebegini apabila anda hubungkan, atau disekalikan boleh dijadikan sebuah buku. Ada bab-bab tertentu yang boleh anda sediakan.
Dengan adanya ciri2 di atas, mungkin posting anda yang lama-lama akan dijadikan satu sumber pendapatan, apabila nanti ada pihak yang mahukan ia diterbitkan dalam bentuk lain, atau menjadi rujukan, dan paling best ... mungkin menjadi duta - seandainya anda bercerita pasal produk.
Anda banyak cara untuk anda mendapatkan pendapatan dari blog, bukan setakat letak iklan, tetapi juga cara anda menyampaikan cerita anda. Jika cerita anda atau entri anda berkualiti, pasti akan ada yang sanggup untuk 'membeli'nya dari anda!
Maka, hasilkanlah entri berkualiti ....
uh kebanyakan entry aku cacamarba.. ndah apa apa..patut la tak hits hahahaha..
ReplyDeletevery nice entry en bangku kosong..thanks sbb share :D
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.