Gambar suasana Ramadhan di Palestin ketika keadaan aman. Sungguh bermakna bagi penduduk Palestin dapat beribadat tanpa gangguan daripada rejim Zionis Israel. Kehebatan Ramadhan penuh dengan barakah, memberikan peluang seluruh umat berbuat kebaikan. In Sha Allah.
Suasana gembira penduduk Palestin amat ceria dan tidak lepaskan peluang untuk dapatkan kelebihan Ramadhan, kerana tanah Palestin tanah anbiya yang merupakan kawasan suci buat tiga agama di dunia.
Buat umat Islam lainnya, mari kita rembat segala kebaikan, kelebihan dan keutamaan yang diberikan oleh Allah S.W.T dalam bulan penuh mulia ini. Jika mereka yang hidup dalam kesempitan lebih menilai hebatnya Ramadhan mengapa kita tidak?
Nabi bersabda maksudnya: "Apabila tiba ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan" [HR Al-Bukhari dan Muslim]
Dan Allah telah berfirman, maksudnya: "Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..” [Al-Baqarah : 185]
Gambar Suasana Ramadhan di Palestin
|
Seorang gadis membacakan Al Quran di perkampungan Salem, berdekatan Nablus. |
Tak kira di mana anda berada sebagai seorang Muslim, dalam apa jua keadaan pun, kewajipan ini wajib ditunaikan. Ia bukan kewajipan biasa, tetapi kewajipan yang diberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda.
Begitulah juga dengan umat Islam di Palestin, dalam kesempitan, dalam serba kekurangan mereka menyambut Ramadhan dengan penuh ikhlas, dengan penuh syukur dan mereka memuliakannya dari segala bulan. Ia bulan rahmat.
|
Qatayef, makanan tradisional masyarakat Arab sempena Ramadhan. |
|
Lampu hiasan dan 'tanglong' |
|
Manisan yang dijual di kedai berdekatan bandar Nablus. |
|
Persekitaran Masjid Al-Aqsa dimeriahkan dengan lampu bercahaya warna warni. |
|
Pembuatan Qatayef - makanan tradisional bangsa Arab. |
Kredit Foto:
Al Iraqi
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.