Salam.
Aha.... tetiba singgah di kepala otak saya ni. Muncul tanda tanya ... kenapa lepas kawin ni tak ada pun kad raya ...kalau ada pun, sikit sangat. Beza betul time bujang, beza betul time dok bercinta.

Masa bercinta, kad raya bukan main beso lagi. Ada siap lagu dengan lampu lip lap. Ditambah pula semburan minyak wangi dan debu2 bedak .... adehhhh .... tu dulu, zaman saya ... zaman korang, saya tak tahu.

Tapi itulah, budaya kad raya ni dah kurang diminati. Takkan kerana rega setem yang dah naik kot? Maybe sebab harga kad tu sendiri yang mahal sampai tak tergamak nak beli. Kalau yang beli pun sebab terpaksa nak kena balas kad raya orang lain kasik.

Saya serius rindu nak terima kad raya ni. Dulu, time bulan puasa ni, posmen memang antara 'tetamu' yang dinantikan. Sure nak tunggu siapa kasik kad raya tahun tu, tapi nampaknya rasa ghairah tu dah tak ada lagi sekrang ni.

Masa dok bercinta dulu, tiap2 tahun ada kad raya .... kad sambut puasa pun ada weihh .. tapi ... lepas tu, dah kawin ..senyap. :)

Kesian ehh dengan kad raya, dah kena ganti dengan benda lain.

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. rasanya antara faktor utama jadi mcm tu sbb dah ada teknologi. so org xde la main bagi2 kad raya ni. diorg bagi secara online jer. antara kelebihannya boleh bagi byk2 sekaligus tanpa susah2 nak tempek setem.. disebabkan itu jugak, kad raya skrg ni dah makin kurg jualannya.. org dah xberapa nak beli dah....

    ReplyDelete
  2. hilangntya kad raya juga d sebabkan lupusnya penggunaan surat menyurat macam dulu.. skrg ni nak pegang setem2 pun macam xpenah dah.. haha.. x sama macam dulu..

    pa pun, rindu dengan suasana zaman kanak2 dulu.. budak2 skrg mngkin ada yang tak kenal apa itu kad raya... hhuhu

    ReplyDelete
  3. Memang kemeriahan kad raya sudah hilang sekarang. Dulu masa 'muda' dulu, himpun kad raya siap boleh buat hiasan kat dinding time malam raya. Kemeriahannya pada bentuk dan warna kad yang pelbagai tu, dan yang paling utama adalah ucapannya. Tetapi sekarang, kalau setakat nak ucapkan selamat dan memohon ampun maaf, kat sms dan mms pun dah macam2 pilihan ada.
    Mungkin satu hari nanti, generasi muda pun dah tak tau apa itu kad raya...

    ReplyDelete
  4. peredaran zaman dengan kecanggihan teknologi menyebabkan kita hari ini..tidak berminat mengirim kad raya..yelah...post jek kat Fb,..beberapa saat dah boleh reply semula. itu tak termauk e card yg cantik2...

    ReplyDelete
  5. banyak inisiatif yg lebih murah dan cepat..sbb tu la..

    ReplyDelete
  6. dah nak raya dah tp x dpt lagi pun kad raya :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement