Jimmy Chua - Penjenayah Yang Lakar Sejarah Hitam Perkhidmatan Penjara Malaysia
Jimmy Chua bersama 5 banduan lain telah menahan seorang doktor dan pembantunya di Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Ia merupakan satu lakaran sejarah kerana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini, namuan kejadian pagi 17 Oktober 1986 itu telah menjadi satu titik hitam dalam sejarah Perkhidmatan Penjara Malaysia.Berlaku penawanan dua orang awam, iaitu Dr. Radzi Jaafar dan Dr. Abdul Aziz Abdul Majid oleh enam orang banduan reman yang diketuai oleh Jimmy Chuah. Penawanan berakhir selepas enam hari setelah banduan menyerah diri
Peristiwa Jimmy Chua Ditahan - Dari Tiada Nama, Menjadi Buruan Dikehendaki
Jimmy Chua atau Chua Chap Seng, adalah penjenayah paling dikehendaki satu ketika dahulu.Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Penjenayah ini akhirnya diberkas tanpa sebarang kejadian tidak diingini. Ikuti kisah ini ...
Pegawai dan anggota polis yang terlibat dengan penahanan Jimmy Chua adalah anggota Unit Risikan (D4) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur diketuai Inspektor Bakri Ghazali dan empat anggota termasuk Detektif Konstabel Rosdi Shafie.
Tiga lagi ialah Koperal How Seng Beng, Detektif Konstabel Rahman, Detektif Konstabel Anuar dan Detektif Konstabel Azizan. Pasukan itu memberkas Jimmy Chua, beberapa hari selepas penjenayah paling dikehendaki terbabit menembak mati Konstabel Mohd Yasin Ismail pada 8 Februari 1984.
Sebelum kes pembunuhan itu, nama Jimmy Chua kurang dikenali walaupun turut terbabit dalam kesalahan lain termasuk memiliki senjata api dan menjadi ketua kongsi gelap. Hanya selepas pembunuhan Mohd Yassin, namanya menjadi popular dan paling dikehendaki sebagai penjenayah. Ketika itu, semua unit polis Kuala Lumpur diarahkan berjaga-jaga dan memburu Jimmy Chua.
Polis menerima maklumat penjenayah paling dikehendaki itu berada di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan menaiki kenderaan curi jenis Datsun Sunny merah dengan nombor plet palsu CU 125.
Rosdi bersama rakan membuat rondaan biasa dengan menaiki sebuah van hijau tanpa logo polis di sekitar Bukit Bintang. Nasib menyebelahi mereka apabila terserempak dengan kereta yang dinaiki Jimmy Chua di Jalan Khoo Teik Ee Off Jalan Medan Imbi, kira-kira jam 5 petang.
Mereka terus mengekori kereta itu hingga ke Jalan Khoo Teik Eee sebelum memintas dan berhenti di depan kereta yang dipandu penjenayah terbabit. Rosdi terus keluar melalui pintu belakang van dan lalu melompat ke atas bonet kereta sambil mengacukan pistol ke arah Jimmy Chua.
Jimmy Chua yang terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangkanya, tidak bergerak dengan kedua-dua tangan memegang stereng kereta dan matanya terkebil-kebil melihat aksi polis.
Empat lagi anggota terus menerkam ke arah penjenayah itu sambil membelit leher dengan tali pinggang kaledar bagi mengelak dia melarikan diri. Rosdi yang berdiri di atas bonet kereta terus mengacukan pistol ke arah Jimmy Chua dan terlintas dalam fikirannya jika penjenayah itu melepaskan pegangan stereng, picu pistolnya pasti dipetik.
Selepas leher Jimmy Chua dibelit, dia ditarik keluar dan diarah meniarap di atas jalan untuk diperiksa dan sepucuk pistol dan enam butir peluru ditemui tersisip di pinggang penjenayah itu.
Drama penahanan Jimmy Chua berakhir dengan kejayaan tanpa satu das tembakan pun dilepaskan. Penahanan itulah yang membawa kepada Jimmy Chua merengkok dalam Penjara Pudu sebelum menahan tebusan dalam usaha dia untuk membebaskan diri.
Sumber: Forum Cari
skrg dia dh mati ke meringkup kt penjara lg?
ReplyDeletetak pernah dengarla isu die nie. good entry gak sbb tau sedikit lg tntg sejarah negara melalui entry ini.
ReplyDeleteso, ape hukuman yg dia dpt, ek? gantung ke?
ReplyDelete@ArELeEz Dia digantung sampai mati ...
ReplyDeleteakhirnya dia mati di tali gantung..
ReplyDeleteoo.. tak pernah dengar pun certa pasal dia ni sebelum ni. gud info
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.