As-Salam.
Ada yang bertanya, bagaimana nak tahu blog kita diterima pengunjung dan akhirnya punyai pembaca sendiri? Jawapan saya mudah je, lihat komen.

Komen pada entri membezakan jenis-jenis pengunjung, adakah mereka pembaca atau hanya sebagai pengujung sesekali. Ada yang membaca blog anda teliti sehinggakan setiap kesilapan (andai ada) akan ditegur. Ada tu, dia boleh kaitkan dengan entri lain yang dah dibuat. Yang ini memang pembaca tegar, mereka tahu perjalanan sesuatu blog.

Komen pada entri memang berbeza, mengikut tajuk dan isi entri tertentu. Mereka yang meninggalkan komen adalah mereka yang punyai tanggapan, punyai luahan, punyai pendapat yang ingin mereka kongsikan. Apapun, ia semua bergantung pada jenis entri. Kalau dah entri tu isinya satu penulisan berbentuk ucapan, maka dibalas pun adalah dengan ucapan ... ye tak?

Komen pada entri tertentu juga menunjukkan berlaku tindak balas antara pembaca dengan blog, erkk bukan dengan anda sebagai pemilik blog. Interaksi antara anda dengan pengomen di blog hanya berlaku bila anda berada dalam komentar ataupun anda buat kunjungan balas.

Oh ya, bukan orang yang suka pada blog sahaja boleh dilihat dalam ruangan komen, malah anda boleh juga tahu berapa banyak yang tak suka dengan blog anda ... :) ....tak percaya? cubalah jangan aktifkan tapisan .. ada berani? Saya .. erkk blum berani lagi .. hahaha....(tak beri anynomous komen).

Lupa satu lagi ... ada silent reader, tetapi lama-kelamaan silent reader pasti akan bersuara. Dan bagaimana nak tahu ada pembaca senyap nih? Hmm kena guna analitik la sikit ... nanti2 saya cerita ehh ... 

Okeh.

*p.s: Ada yang minta pendapat mengenai blog mereka, hmm saya mohon maaf awal2 kalau saya tak dapat berbuat demikian ...

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ada gak pembace tp dia tanak expose kan diri dia .silent reader camtu. mcm sy minat bace blog seseorg tu dah bertahun2 tp tak penah komen sbb ada rasa segan nak menyampuk hehehe

    BalasPadam
  2. sebagai blogger rasanya komen lebih penting dari follower..follower tu just memberi impression yg baik kpd 1st time viewer..bila diorg tgk rmai sure ada tanggapan blog ni hebat!!walaupun kdg2 biasa je..

    tpkan..MACAM MANA NAK TINGKATKAN PENGOMEN? 1 yg saya tahu entry perlu superb..

    HH de tips lain x???

    BalasPadam
  3. wow...teruja saya dengan ayat2 dari Bangku Kosong nie...macam seorang guru plak...hehehe...apapun memang betul yang dinyatakan oleh BK...jangan bimbang...ada juga pengomen setia kita...yang penting kita pun macam dorang...kunjung mengunjung...

    BalasPadam
  4. ahaa lah..
    silent reader ada je..
    kita tidak tahu sapa..
    macam kita..
    ada entri yang best..
    kita akan komen..
    ahaha..
    terima kasih...

    BalasPadam
  5. dulu saya tak kisah kalau takder komen, tapi sekarang komen sangat diperlukan sebagai pembangkit semangat..dapat 1,2 komen pun dah kira baiklah..sekurang2nya saya tau blog saya ada pembaca setia..

    BalasPadam
  6. salam...

    bg saya, bila ada yg dtg komen maknanya ada yg mendengar apa yg kita katakan atau luahkan. kunjungan balas atau balas komen adalah cara yg baik utk berkomunikasi dgn pembaca2 lain.

    BalasPadam
  7. SALAM,
    BILA ADA KOMEN, SEBAIKNYA KITA BALAS KOMEN. KITA JUGA PERLU BLOG WALKING . DULU LF BUAT, TAPI MAAF SEKARANG INI JARANG BALAS KOMEN. ADA SEDIKIT MASALAH KESIHATAN YG SEWAKTU DGN USIA LF. TAK BOLEH DUDUK2 LAMA DEPAN KOMPUTER. KITA JUGA BOLEH KETAHUI SILENT READER KALAU READER ITU BLOGLISTKAN BLOG KITA DLM BLOGNYA. ADA WIDGET2 TERTENTU.
    SELAMAT MELAKUKAN IBDAN RAMADHAN

    BalasPadam
  8. teringin sangat nak mengenali silent readers ni..teeeheee... kadan tu widget recent visitors boleh membantu mengesan silent readers, kdg tu tk..huhu

    BalasPadam
  9. silent reader...akak rasa mmg ramai,yang x mahu dikenali...

    BalasPadam
  10. betul tu. dari komen kita akan tahu camne prestasi blog kita.

    MOHD NASER.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement