As-Salam. Mulanya persoalan ini telah pun saya beri pandangan di kotak komentar wancikgumuzik di Facebook. Tak sangka pula ia merupakan satu segmen anjuran blogger popular ni (popular di Alexa). Atas menghormati dirinya sebagai seorang blogger lantang dan seorang blogger yang punyai pendapat tegas tentang sesuatu perkara, saya langsungkan pendapat ini dalam entri ini.
Sejak saya bermula dengan dunia internet, buat laman web peribadi dan kemudiannya blog, apa yang saya boleh katakan ialah ....
Putih
Sesuai untuk laman web atau blog yang memberikan banyak input dan info. Penyampaian lebih kepada berbentuk teks. Ia boleh dapat keadaan dalam paling ringkas ataupun penuh bermaklumat.
Latar belakang putih sesuai untuk menyerlahkan isi kandungan, sesuai untuk entri yang menyampaikan dengan cara memberikan fakta, ulasan, dan penyampaian teks yang jitu. Lagipun, putih lebih ekonomikal, ia lebih laju loading, ia tak menyakitkan mata dan sangat mesra dengan kebanyakkan pelayar internet. Namun, dalam kebaikan yang diberikan, ia menjana lebih banyak kuasa atau memakan tenaga dari segi pencahayaan yang diperlukan pada skrin komputer kita.
Hitam
Lihat contoh blog ini: Lensahasrul dan juga Blog Serius. Kedua-dua blog mengenengahkan gambar dalam paparan blog. Ia menjadi wacana utama blog tersebut. Gambar menceritakan segalanya.
Gambar akan lebih menyerlah jika berlatar hitam atau gelap. Ia menaikkan seri gambar tersebut, dan menjadikan ia paling menonjol. Lupakan benda lain, perkara paling penting ialah gambar. Jika blog banyak gambar, disyorkan menggunakan latar gelap atau hitam.
Ia menjimatkan tenaga, dan membuatkan loading untuk hanya diberatkan pada gambar dan bukan kepada layout warna blog atau laman web.
Yeah ..itu saja dari saya. Ohh untuk blog banyak warna, ia sebenarnya hanya menarik pembaca kerana perawatakan dan bukan isi yang terkandung. Mungkin pemilik blog atau laman web berkenaan lebih suka suasana yang ada dari isi, maka pemilihan warna-warna menjadikan blog itu lebih sedap dikunjungi.
Terima kasih kepada blog WanCikguMuzik kerana buat segmen ini. Anda ada pendapat lain, sila nyatakan menerusi segmen ini: Klik Sini.
*p.s: Blog Bangku Kosong sentiasa berubah warna .... kejap hitam macam tuannya, kejap putih ... kejap merah ..kejap hijau ikut PAS...kejap biru ikut BN ... apapun, ianya warna disebabkan oleh mood .. hehehe.. tak lebih dari itu .. :P
*p.s: Blog Bangku Kosong sentiasa berubah warna .... kejap hitam macam tuannya, kejap putih ... kejap merah ..kejap hijau ikut PAS...kejap biru ikut BN ... apapun, ianya warna disebabkan oleh mood .. hehehe.. tak lebih dari itu .. :P
terrbaeekkk hujahan ini..!! sangat berilmu dan sangat bagus untuk dikongsikan bersama... padat dengan isi dan pendapat..
ReplyDeletethanks join segmen anjuran saya,, saya sangat hargainya.. bersama2lah kita memperkasakan ilmu2 blog ni.. saling membantu dan semuanya akan berjaya,,
thanks again..!!
sy suka background hitam.. :)
ReplyDeletead gk join segment ni
Sy lagi suka background putih. :)
ReplyDeletesaya suka latar entri putih...saya suka tudung hitam...hehe..takde kena mengena pun..tapi saya suka hujahan ni..hihi..
ReplyDeletesalam perkenalan.. ^_^
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.