Salam.
Syukur pada Tuhan kerana kita dilahirkan di zaman yang boleh dikatakan di luar dari ancaman binatang buas. Kita lahir dalam keadaan yang selesa, ada rumah, ada hospital, ada kemudahan dan bermacam-macam lagi.
Kita adalah manusia yang genius. Kita adalah manusia dipilih Tuhan untuk menjadi pengemudi dunia ini.
Namun, apa yang berlaku di luar waktu kewujudan kita adalah masih satu misteri. Begitulah adanya dengan Madtsoia, sejenis ular prasejarah yang dikatakan menjadikan Dinosaur sebagai hidangannya.
Kalau dah makan Dinosaur, maka bolehlah diandaikan bahawa ular ini sangat besar. Kalau tidak, masakan ia boleh menelan haiwan ganas seperti illustrasi ini:
Madtsoia dikatakan menyerupai ular sawa tetapi mempunyai saiz yang mega besar. Ia dikatakan mempunyai panjang sehingga 15-20 meter. Ular ini dikatakan dapat hidup agak lama selepas zaman Dinosaur, ia hanya lenyap dari muka bumi lebih kurang 50 juta tahun dahulu.
Sumber: UrbanTitan
teringin nak tengok ular ni didokumentarikan.. ^^,
ReplyDeleteNGERINYE TGK ULAR NI...NASIB BAIK DAH PUPUS
ReplyDeletezaman tu ada juga ular..tapi belum pernah lihat pada dokumentari...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.