As-Salam. Berkenaan dengan entri sebelum ini, ada yang bertanya pada saya, bagaimana caranya? Bagaimana caranya untuk menarik pengunjung dan pembaca dari komuniti blogger? Sebenarnya mudah je ....

Seperti yang telah saya beritahu sebelum2 ini, itupun jika anda ada baca dalam Panduan Blogging yang saya telah sediakan, anda perlu babitkan diri dalam blog-blog yang anda suka baca ... selalunya bila anda sukakan blog itu, ia juga mencerminkan kandungan blog anda - walaupun tidak keseluruhan.

Membina Komuniti Blogger Anda Sendiri

Saya berikan contoh ini, blog A memberi posting tentang cara nak pasang widget-widget dalam blog, kira macam blog tutorial bagaimana nak pasang widget. Dan blog A mendapat widget2 ini pula daripada blog B yang lebih suka mengutarakan tentang tutorial SEO, jadi anda perlulah sering komunikasi antara blog B, dan jika ada blog C, begitu jugalah. Dalam catatan anda dan catatan blog B dan blog C, anda saling berkait dan anda berikan backlink.

Antara cara lain, adalah mengumpulkan blog dalam bloglist ikut kesesuaian blog anda. Jika anda perhatikan blog2 yang terkenal yang ada bloglist, selalunya mereka akan listing blog yang punyai tema, punyai tujuan yang hampir sama.

Contohnya, anda akan buat senarai blog yang ceritakan soal kehidupan berfamili, dari situ anda membina komuniti anda sendiri, sering buat kunjungan dan berbalas komen.
Pembaca2 yang tak langsung dari blog2 tadi akan melihat interaksi ini, dan mereka juga akan ada sifat ingin tahu apa yang diceritakan oleh blog lain itu. Lalu dari pengunjung dari blog lain ini, insyaAllah nanti akhirnya akan juga menjadi pembaca blog anda.

Simple je kan? Secara tak langsung anda membina niche blog anda sendiri. Dan seperti saya katakan sebelum ini, blog yang ada niche ini disukai baik pengunjung, pembaca, pengiklan mahupun pihak editor majalah dan juga media lain. :)

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. idea ni mmg bkesan.. thanks
    jln n follow cni

    ReplyDelete
  2. cara yang baik sebab ni akan menambah kan kenalan blogger.sesuai untuk semua,tak kisah la newbie ke tidak

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement