Lailatul Qadar bukan mitos. Ia satu nikmat dan anugerah yang dicipta dan dikurniakan kepada umat Islam supaya mendapatkannya. Ia malam yang mempuyai kelebihan daripada bulan-bulan Islam yang lain. Dan ia dikenali sebagai Malam Seribu Bulan.
Mengapa Ayat Al-Qadr Diturunkan? Hikmah Lailatul Qadar Di Penghujung Ramadhan
Umum umat Islam dah tahu, apa itu Lailatul Qadar Malam Seribu Bulan; firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Qadr.; yang bermaksud:"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatul Qadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".Lailatul Qadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain.
Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi S.A.W. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah S.A.W telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu.
Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah S.W.T. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka.
Jibril pun membaca surah Al Qadr dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam Lailatul Qadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Sumber: Al Azim
Mengapa 10 Malam Terakhir? Hikmahnya?
Kenapa agaknya malam Lailatul Qadar dianugerahkan Allah di malam-malam terakhir?Hikmat dalam pemikiran serba marhain ini, saya merasakan itulah hakikat diri manusia yang selalunya akan mudah terpedaya dengan nafsu nak menyambut ketibaan Syawal. Di waktu inilah, ramai antara kita lebih meluangkan masa untuk berhias rumah, bershopping sakan dan melakukan secara tidak sedar satu pembaziran, baik pembaziran masa dan juga wang.
Tarikan nafsu di malam-malam terakhir amat kuat sehinggakan ada di antara kita mengabaikan perkara lain hanya untuk menyediakan persiapan bagi 1 Syawal.
Serius, saya sendiri melakukannya .... leka dengan kuih muih, leka dengan baju baru, yang semuanya akan lebih hebat diambil berat di hujung-hujung Ramadhan.
Semoga ianya menjadi satu peringatan buat saya, keluarga dan rakan-rakan pembaca semua.
info yg baik...:))
BalasPadamjom berusaja sekuat tenaga mengejar lailatul qadar
BalasPadamAyuhhh
PadamAllhamdulillah... insyaaAllah
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.