Salam.
Nak disalahkan? Tak perlulah. Masing-masing dah tahu. Saya bukanlah baik sangat, entri ini pun untuk peringat diri bahawa manusia itu sering terdedah dengan kesilapan dan kesalahan. Bukan semua perkara kita mampu buat, almaklumlah, iman kita tidak sekuat yang disangka.

Puasa mendidik banyak perkara, cumanya kita, hendak dengan tidak untuk mempraktikkannya. Ada manusia dah memang perangainya begitu, perghhh mulut memang belacan .... tapi bak kata orang tua, mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia ni ...ishh ... sumbat la tauhu sumbat, kalau dah tebiat begitu, biar tersembur pun tak apa.

Namun, ramai antara kita yang memang tahu cara untuk mengekang diri. Mulut yang selama ini becok dok mengata, mengumpat dan mengeji ... dah stop. Dah plaster siap2 dah. Bagus begitu, tetapi ada pula persoalan .... mulut henti bicara, tetapi hati tetap mengata. Erkk betul ke? Dalam hati sapa yang tahu? Mungkin benar, mungkin tidak ... lainlah kalau anda ada power tertentu yang leh dengar kata hati.


Kadangkala, mulut memang diam, tetapi bila hati nak mengata ... leh dilihat dari reaksi muka. Jadi awas, jangan jadi insan begini. Sia-sia nanti puasa yang ditanggung. 

Dan untuk diri saya, memang sukar nak menyekat diri dari tercebur dalam kancah sebegini. Hati bergelodak nak kata yang tak baik, walaupun mulut terkunci rapat. Moga keampunan diberi, supaya Ramadhan ini bukan yang terakhir untuk diri memohon maaf dan ampun.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mmg senang nk kunci mulut dari benda x elok..

    tp sgt susah nk kunci hati dari benda x elok..

    sbb nak mengawal hati x semudah mengawal mulut..

    ReplyDelete
  2. itu la sbb kita disuruh supaya blaja btul2 biar faham. dlm bab puasa ni, kene jugak ingat bukan stakat mulut jer kene puasa tp seluruh anggota dan hati pun kene puasa jugak. dlm hati tu xblh la mengata yg bukan2, nnt jadi mcm mulut pulak duk berkata2. xpasal2 kurang jer pahala puasa :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement