Masjid Terbesar Umat Islam. KLIK SINI. |
Salam.
Salah satu peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan ialah pembukaan Mekah oleh Nabi Muhammad s.a.w. Peristiwa ini telah berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang Islam sebelum itu.
Dalam perjanjian itu, antara kandungannya ada menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.
Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani Bakar dan Khuza’ah. Bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.
Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di Lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam mara ke Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apabila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk Musyrikin Mekah menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.
Pembukaan ini tanpa sebarang tentangan dan tanpa sedikit pun pertumpahan darah. Dengan ini, Nabi Muhammad s.a.w dengan jayanya memasuki Mekah dan Islam 'menawan' Mekah setelah sekian lama.
ada juga golongan yang bersikap seperti berkelompok-kelompok dan mengamalkan sikap jahiliah..:)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.