Salam.
Mari singkap lagi sejarah yang berlaku dalam bulan Ramadhan ini. Selain kisah turunnya kitab-kitab, dan juga kisah pembukaan Mekah, satu lagi kisah yang menarik yang ingin saya kongsikan dengan anda semua ialah mengenai peperangan muslimin dengan kaum Monggol. Ia agak berbeza dengan peperangan lain yang pernah berlaku kerana peperangan ini menumpahkan banyak darah dan nyawa.

Saya pernah ceritakan betapa hebatnya kerajaan Monggol ini dalam siri Kisah Kerajaan Agung Dunia, anda boleh baca di sini: KLIK.

Menurut catatan sejarah, kaum Monggol melebarkan penaklukan kekuasaannya pada tahun 126 hingga 1405 masihi. Ia hampir meliputi keseluruhan benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. 

Genghis Khan merupakan ketua kaum Monggol yang merealisasikan penaklukan ini. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Khilafah Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan para sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. 


Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Monggol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad bernama Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Monggol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

Begitulah hebatnya tentera Islam.

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. entri ni bukan 'bangku kosng' tapi bangku berisi nie.. entri berat tapi penuh info.. x ramai orang minat sejarah taw..

    ReplyDelete
  2. wah...terima kasih memberi info sebegini kepada kami...seronok membacanya...ini bermaksud bulan Ramadhan penuh dengan sejarah dunia yang terbesar

    ReplyDelete
  3. @aimaniman Sejarah memang best, dalam sejrah ada sains, math, dan ada geografi

    ReplyDelete
  4. @Kancil 8349 Sama-sama .. dari sejarah kita beljar untuk perbaiki diri

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement