Salam.
Dalam banyak-banyak peperangan yang melibatkan muslimim, perang inilah yang sering disebut, dirujuk antara perang yang menjadikan tentera Islam itu digeruni. Bukan bermaksud Islam itu dengan sewenangnya menghalalkan peperangan, tetapi inilah bukti bahawa Islam itu bukan bersandar pada ketajaman pedang .... bukan disebabkan besarnya bala tentera, tetapi kekuatan iman yang ada dalam diri setiap pejuang.

Perang Badar - Peperangan Pertama Umat Islam

Telah tercatit dalam sejarah, bahawasanya peperangan ini telah berlaku pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah. Perang pertama umat Islam ini dinamakan Perang Badar kerana mengambil nama sebuah tempat. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Ia merupakan lokasi strategik kerana terdapatnya sumber air di situ.

Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125, yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang Badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapan dan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran itu. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai keredhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan.

Moga kita telah mencapai matlamat kita dalam 'perang' kita sendiri di bulan mulia yang kian hampir ke penghujungnya ini.
Dalam banyak-banyak kisah besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan ini, inilah peristiwa yang dianggap keramat oleh ramai, baik dari pihak muslimin mahupun pihak lain ... dan ramai juga pengkaji sejarah yang tertarik akan kebenaran yang disampaikan ini.

Kuatnya Islam itu bukan kerana mata pedang ... ianya adalah iman, kerana iman yang teguh, Allah memberikan pertolonganNya... kerana iman jugalah, tentera yang kecil tetap gagah di sebalik berada di dalam lapar dan dahaga - bukan disebabkan tiada makanan atau minuman, tetapi kerana taat akan perintah yang telah diberikan.

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kancil kagum dengan para pahlawan agama pada masa itu. Sudahlah berpuasa, negeri di padang pasir dan bergerak ke Madinah ke Badr pun jauh. Bukan macam sekarang guna kereta..dulu main jalan kaki sahaja...ia adalah salah satu sejarah yang menarik di dalam sejarah moden...seperti cerita 300 sparta melawan tentera Parsi...yang bezanya...dorang ndak berpuasa...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement