Salam.
Ramadhan, semulia bulan ini, andai jika tidak memuliakannya, apakah erti? Saya sedang menonton 'Ini Kisahku' yang sedang ke udara sekarang di TV9. Menarik dan menginsafkan. Sedang saya tonton Katrina Ross menceritakan mengenai pengalaman pertama bertudung, pengalaman berpuasa ...memang bagus untuk dijadikan pedoman dan renungan kita lebih2 lagi buat saya sendiri.
Hargailah kehidupan yang diberi ini. Lakukan yang terbaik, dan sebagai muslim, kita mahu jadi yang terbaik, dan kita cuba belajar untuk jadi yang terbaik. Ramai antara kita beruntung kerana sejak dari kecil kita diberikan pendedahan untuk menjadi apa yang sepatutnya ... dan di bulan Ramadhan, kita telah belajar untuk menjadi lebih baik dari bulan-bulan yang lain.
Tanpa kita sedar, bulan Ramadhan telah menawarkan satu kursus percuma buat kita menjadi insan, menjadi muslim dan menjadi manusia yang diutuskan Tuhan ke muka bumi ini.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.