Salam.
Nak kongsikan satu cerita ini. Mungkin boleh dijadikan panduan dan pengajaran.
Seorang pelajar baru pulang dari Mesir tetapi di sana dia hanya bersuka-sukaan. Bila dia pulang, dia disambut oleh orang kampung dan digelar 'syiekh'. Dia berasa bangga. Pada suatu malam selepas Maghrib, penduduk kampung menyuruhnya menyampaikan sedikit tazkirah.
Dia mula menggelabah kerana dia tidak tahu apa-apa. Dia memberanikan diri naik ke mimbar masjid bagi cover malu. Dia memulakan ucapan dengan kata alu-aluan yang amat menarik dan menyebabkan penduduk kampung terasa hormat kepadanya.
Kemudian dia bertanya, "Adakah muslimim sekelian tahu apa yang akan disampaikan oleh saya sebentar lagi?". Hadirin menjawab, "Tidak" dengan penuh minat. 'Syiekh' menjawab balik, "Kalau begitu, tiada gunalah saya berucap sedangkan kalian semua tidak tahu apa yang akan saya sampaikan, wassalam".
Penduduk kampung mengatakan dalam hati bahawa tentu beliau mempunyai ilmu yang sangat tinggi sehinggakan begitu susah hendak mendengar tazkirahnya.
Pada malam ketiga sebelum 'syiekh' tersebut tiba, hadirin sekelian berpakat sebahagian dari mereka menjawab kami sudah tahu manakala sebahagian lagi akan menjawab kami belum tahu.
Apabila syiekh naik ke mimbar dan seperti biasa dia bertanya, "Adakah kalian semua sudah tahu apa yang akan saya sampaikan pada malam ini?". Setengah hadirin menjawab mereka sudah tahu manakala setengah lagi menjawab mereka tidak tahu.
Dengan mudah syiekh menjawab, "Kalau begitu, saya syorkan agar yang tidak tahu bertanya pada yang tahu manakala yang sudah tahu, sampaikan kepada yang tidak tahu, wassalam".
Simple je kan ... saya harap anda nampak apa yang cuba disampaikan. Nampak bagaimana seseorang yang tiada ilmunya itu, menggunakan 'helah' supaya disampaikan apa yang patut disampaikan - bertanya pada yang tahu. Walaupun ia nampak mengelirukan tetapi jelas mesejnya.
Hahaha.. Itu macam manusia pun ada.. Helah yang simple tp.. Pikir sendirik :)
ReplyDeletesepatutnya, yang tak tahu tu, cakap je la yang dia tu tak tahu, kan senang???
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.