Salam.
Agak lama juga ehhh saya tak selitkan entry lawak jenaka dalam blog ini. Aha.... kali ini satu entri yang perlukan anda fikirkan apakah perkara tersirat di sebalik yang tersurat. Kena hayati cerita ni betul2... dan barulah anda akan tahu apa yang cuba disampaikan dalam cerita ni.
Sekali baca mungkin tak ada apa2 yang menariknya tetapi dua kali baca, dah leh agak dah kot ... baca dengan perasaan sejujur mungkin, tak ada lencong2...hehehe... dah tahu, beritahu apa yang anda dapat simpulkan ehh ...
Doa Anak Yang Dimakbulkan
Seorang ayah terkejut mendengar doa anak perempuannya yang masih kecil ketika hendak tidur...
"Tuhan.. lindungilah ibuku.. lindungilah ayahku..lindungilah nenekku... dan ambillah atokku"
"Kenapa doamu untuk atok bunyinya seperti itu?" tanya ayahnya.
Si kecil menjawab... "Entahlah.. saya spontan berkata seperti itu."
Entah apa yang terjadi, keesokan harinya atoknya benar-benar meninggal dunia. Suatu kebetulan yang sangat aneh... fikir si ayah.
Beberapa hari kemudian ketika ayahnya hendak menidurkan anaknya dia mendengar lagi si anak berdoa..
"Tuhan... lindungilah ibuku, lindungilah ayahku, dan ambillah nenekku"
Dan keesokan hari, neneknya pula meninggal dunia. Ayahnya benar2 hairan.. kenapa doa anaknya begitu makbul..
Seminggu kemudian si ayah kembali mendengar anaknya berdoa...
"Tuhan, lindungilah ibuku dan ambillah ayahku"
Ketika dipejabat.. fikirannya tidak tenteram.. hari sudahpun melewati petang... namun tidak ada apa-apa terjadi... Si ayah semakin cemas. Ia memilih untuk menghabiskan hari itu di pejabat sahaja... sehinggalah jam 12.00 tengahmalam...
si ayah mula merasa lega... . hari telah berganti dan dia selamat.. Lalu dia pun pulang ke rumah.
"Kenapa abang balik lewat nie?" tanya isterinya ketika membuka pintu.
Aku tidak mau cerita apa2 lagi.. biarlah hari ini menjadi hari terburuk dalam hidupku," kata si suami
Lalu Isterinya berkata...
"Tetapi sebenarnya ada yang lebih buruk berlaku dirumah kita.. pagi tadi Pak Man penjual susu meninggal di depan rumah kita ketika menghantar susu"
Ok.. dah baca sampai habis dah? Dah ada kesimpulannya ... cer beritahu di ruangan komen ehh.
la...kiranya anak perempuan tu bukan anak dia lah, anak penjual susu...
ReplyDeleteEntri Menarik Di Sini:
1)Download Fast Five BDRip English Hardsub MKV
2)Octove.com Social Network Pertama Di Malaysia Bagi Hadiah Iphone 4
3)Boboi Boy Download
@Famili Ceria Yer betull..... begitulah betapa makbulnya doa seorang anak sehingga kebenaran pun telah dapat dirungkaikan!
ReplyDeleteBarulah pecah rahsia, emaknya curang dgn si penghantar susu tu....
ReplyDeletehttp://www.syima.com/
erk! punyalah fkir mcm2 kesimpulan.. tak habis fkir jawapan, dah terbaca komen... hihihi.. faham3... :D
ReplyDeleteoooo...tak terpikir lak di anak itu ade ayah lain...hehehhee
ReplyDeletepak man si penjual susu tu la ayah dia~hehe..sengal!
ReplyDeletehahahaha :-D
ReplyDeleterupanye si anak tu hasil kecurangan maknya dgn si penjual susu..si penjual susu tu la bapak sebenornye.. sengal betul!
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.