Salam.
Ini ada satu cerita, yang mungkin boleh membuatkan kita berfikir sejenak tentang perkara-perkara yang kita telah, sedang dan akan buat dalam hidup. Bukan apa, jangan berbuat sesuatu perkara dengan sia-sia sebab apa benda yang kita buat dalam hidup adalah perkara yang akan mencuri masa kita, penat lelah kita, dan segala macam bahagian dalam hidup yang penting.

Jadi, jangan sampai apa yang kita lakukan itu menjadi sia-sia dek hanya kerana bodoh sombong kita tentang apa yang perlu dan tidak perlu. Kita perlu peka, kita perlu sedar, walaupun kita mahu hidup tak kacau orang, tetapi ada masa kita perlu dengar cakap orang lain, yang mungkin lebih dahulu makan petai dari kita.

Ini adalah satu kisah yang berlaku di antara semut dan juga belalang. Moga dengan cerita ini, sama-sama kita tahu apa yang perlu dilakukan dalam menjalani kehidupan kita sebagai seorang manusia yang punyai akal, punyai kemampuan dan punyai kelebihan.

Pada suatu hari, bertemulah semut dan belalang di satu padang rumput yang menghijau. Sebelum tu, si belalang ni kerjanya lompat sana, lompat sini manakal si semut pula dok sibuk angkut makanan masuk ke sarangnya.

Si belalang yang seperti pelik melihat ketekunan si semut pun bertanyalah;

"Eh semut !!, aku tengok dari semalam, dari dua hari lepas, dari minggu lepas asyik dok angkut makanan dalam sarang kau. Meh la main dengan aku, kita nikmati hidup di atas padang rumput hijau ni"

Maka jawab si semut;

"Mana boleh belalang, aku kena kumpul semua makanan aku ni, aku tak boleh berhenti"
"Yek elehhhhhhhhh... rileklah...kenapa sibuk-sibuk nak simpan? Time kau lapar nanti, kau pergi cariklah .... bukan susah pun, banyak makanan ada la" kata si belalang.
"Eh aku mesti standby, nanti kalao musim salji tiba, aku tak la pening nak cari makanan. Tak adalah kalut nanti. Kau pun, kenalah bersedia, kena standby takut apa-apa berlaku nanti, susah kau nak cari makanan, apalagi time salji nanti ... susah ooo nak cari makanan" balas si semut.
"Ahhh ... buat apa aku buat kerja tak pekdah ni. Dari aku nak penat-penatkan diri pi simpan simpan makanan ni, lebih baik aku main main dulu. Kalau kau nak simpan kau simpanlah ye semut, aku nak main lompat-lompat ni. Babai" lalu lompatlah si sang belalang.

Si semut meneruskan kerjanya, dan belalang dah pun berlalu pergi dan bermain lompat sana sini.

Memang perlakuan semut ini perlu dicontohi, kerana bersedia untuk segala kemungkinan, seperti kata pepatah lama, Sediakan Payung Sebelum Hujan. Dan yang bagusnya, ia tak pernah merungut dengan kerjanya, dia lakukan dengan tekun dan rajin.



Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Musim salji tak kunjung-kunjung tiba. Si semut masih lagik terus mencari dan menyimpan makanan. Dan kebetulan, si belalang ternampak si semut tu lagi di padang yang sama.

"Eh semut? Masih cari makanan lagi ke? Kau tak penat ke semut. Banyak masa kau rugi dengan dok cari makanan je, aku ingat makanan kau tentu dah banyak dah kau simpan." kata si belalang.

Lalu si belalang menambah lagi.

"Makanan yang kau simpan dedulu tu takkan dah abis semut?" 

Dijawab si semut yang sedang angkat sebijik kacang;

"Memang aku dah simpan.... hmmm .... tapi semuanya dah basi dah, musim salji tak sampai sampai lagik nie... .sekarang kenalah carik makanan baru.... makanan yang lama tu terpaksa dibuang, tak leh dah nak dimakan" jawab semut sambil mengeluh.
"Eh semut... kau masih tak sedar-sedar lagi ke? Takkan la kau tak tahu, kat Malaysia ni mana ada musim salji, buat apa nak ditunggu-tunggu?" kata si belalang.

Terbulat mata si semut yang dah sedia bulat tu ....
"Ah ?? Erkk ye la .... aduhhhh" semut terpinga-pinga.

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. penantian semut satu pyksaan...salji2...kelakar lak semut ni...tapi yg tersiratnya...semut dah terbiasa jadi rajin dan sentiasa berusaha...tu sifat semut yg boleh jadi panduan...

    ReplyDelete
  2. ingat lg cerita masa kecik2 dulu..tp ending dia tak sma ye... hehehe..
    bertindak dgn bijak supaya kerja tak jadi sia2..
    betul ke ni yg nk disampaikan? sb ini yg kb dpt dri cerita ni.. :)

    ReplyDelete
  3. @kotak bulat Setiap orang ada pandangan dia masing-masing.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement