As-Salam. Sekali lagi, saya kedapatan idea untuk menulis satu lagi panduan blogging, atau mungkin tips untuk menulis entri. Antara yang sering menjadi masalah bila dah dapat idea untuk menulis entri di dalam blog adalah tajuknya.
Anda dah ada idea nak tulis apa, dah ada cerita dah, tetapi terbantut apabila tak tahu nak buat tajuk yang sesuai bagi entri anda.
Bagi mereka yang utamakan Search Engine Optimization (SEO) dalam blog mereka, pastilah tajuk yang ada ciri2 SEO menjadi pilihan. Jadi, ia mungkin agak berat kot dan kompleks nak mikirkannya.
Anda blogger berpendapat, tulis tajuk dulu, lepas tu barulah kembangkan idea berdasarkan tajuk. Dan seringkali ia dikaitkan tajuk entri merupakan intipati yang hendak disampaikan. Jika dah ada tajuk - jadikan ia sebagai target penyampaian entri anda tu. Ini bermakna, isi entri adalah bagaimana nak capai apa yang dikatakan pada tajuk entri.
Ada pula blogger lain berpendapat, tulis dulu entri, dan kemudian cari keyword yang paling kuat dalam entri tersebut. Selalunya ia akan merujuk kepada tajuk entri berupa pertanyaan atau persoalan, dan juga tajuk entri yang bersifat sebuah penceritaan.
Tapi bagi saya, saya lakukan kedua-duanya. :)
- Buat tajuk dulu sebagai satu panduan am, so kita tahu apa yang kita nak cerita dan tak tersasar daripada apa yang nak diceritakan.
- Bila dah siap entri anda, cuba baca balik penulisan anda agar apa yang nak disampaikan tu ada kena mengena dengan tajuk.
- Jika tidak, ubah penulisan entri anda.
- Jika rasa dah cukup kuat dah entri anda, maka ubahlah tajuk anda. Tajuk ibarat kesimpulan penuh entri anda dalam satu ayat yang simple tetapi padat dan bermakna.
- Dan jangan lupa, sering lakukan semakan ... semak dan semak penulisan anda.
Dengan cara begini, anda boleh optimumkan tajuk entri yang memikat supaya pengunjung tertarik dan membaca entri anda - walaupun entri tu dah ditulis lapan tahun yang lepas .. hehehehe...
Tips yang baik... terima kasih kerana berkongsi :)
ReplyDeleteassalamualaikum encik Hasrul
ReplyDeletesuka dengan entry ni
tqvm sudi berkongsi ilmu berblog ni
saya pun naif bab tajuk yang mesra SEO.Selalu pakai bedal jelah.
selamat menjalani ibadah di bulan ramadan
sy slalu buat tajuk dulu bru buat entry....
ReplyDelete~terima kasih share nfo menarik(^_____^)
saya tulis entri dulu. lepas tu baru fikir tajuk sesuai
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteselalunya tulis entry dulu, baru cari tajuk :D
biasa main pakai hentam jer...nice info la uncle...:)
ReplyDeletekalo saya, tulis isi dulu. tajuk tu pikir kemudian sbb blh tukar.
ReplyDeletethanks for info! kalau aish, aish buat entry dylu baru buat tajuk. :) lain org lain cara nya kan.. ikut kesesuaian..
ReplyDeleteSelalu tajuk je yg ade dlm kepala.. isi melayang entah kemana..hehehe
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.