Salam.
Wahh sakan kak borong perabut ehh? Hmmm time rayalah nak tukar benda2 yang dah lama ye tak? Langsir, erkk apa lagi ehh .... TV mesti skrin leper 42 inci ... dan banyak lagi. Cik abang lak, keter mesti nak shinning punya, mana ada garis, time ni la nak nutup, kalau boleh tak nak nampak cela. Gitulah kita, time raya, semuanya baru, semuanya cantik. Bukan apa, sunnah tu ... hehehe ..
Bagaimana dengan Ramadhan yang semakin berlalu? Dah cukup ke diserikan dengan amalan kita ehh? Hmm mana tak terdaya, diniatkan di hati pun dapat pahala .... insyaAllah andai diberikan kekuatan dan panjang umur, tahun hadapan pertingkatkan amalan. Moga Allah mengizinkan kerana semuanya atas kehendakNya.
Berseri rumah pasti akan bertambah jika Ramadhan kita telah lalui dengan penuh kebaikan. Dan bagi kanak-kanak, Syawal pasti dinanti kerana ingin merayakan 'kemenangan' mereka dalam mengharungi bulan puasa. Leh dapat pelbagai benda yang kadangkala susah nak dapat di hari biasa - tanpa perlu meminta.
Berseri rumah dengan keceriaan yang ada. Sanak saudara dari jauh datang berhimpun. Yang lama tak jumpa, time inilah nak bertemu, bertanya khabar, bertukar cerita. Anak-anak yang dah besar saling senda gurau mengenal sepupu sepapat. Paling menarik, bila ada 'orang baru' dalam keluarga. Tak kisahlah anak baru ke, menantu baru ke mahupun isteri baru ...hehehe.... madu baru??? Hmmmm ..
Setahun sekali, setahun rumah berseri. Moga dengan keserian ini akan menambah dan merapatkan ukhwah yang terlerai.
setuju..biar seri rumah sederhana asal seri amalan dibulan mulia terang benderang..tapi syg,byk yg lupa tujuan berpuasa,berhabisan berbelanja mengikut nafsu semata2 nak menghias rumah..
ReplyDeleteslalu gitu. akan tambah berseri bila time raya. cuma diharapkn supaya jgn la membazir.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.