Salam.
Kadangkala ada di antara kita terpaksa meninggalkan puasa. Apabila meninggalkan puasa, maka WAJIB diganti, dan kalau tidak dilakukan, fidyah akan dikenakan. Fidyah merupakan denda yang harus dibayar oleh seseorang muslim yang meninggalkan puasa dan tidak mengantikannya dalam masa dikehendaki.

Perlu tahu beratnya secupak beras untuk bayar fidyah.

Fidyah ialah memberi makan orang miskin sebanyak satu mudd (cupak) beras atau apa-apa jua bijirin yang menjadi makanan asasi sesebuah negeri itu. Satu mudd itu adalah sebagai gantian bagi satu hari puasa yang ditinggalkan dan satu mudd itu bersamaan 15 tahil (566.85 gram). Nilai ini boleh diganti dengan nilai beras itu dalam pasaran.

Berikut adalah mereka yang akan dikenakan Fidyah


1. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja atau uzur syarie berkaitan - haid, nifas, wiladah, musafir dan sakit yang ada harapan sembuh. Wajib qadha sebelum datangnya Ramadhan akan datang, sekiranya masih belum mengqadha maka dikenakan fidyah.

2. Uzur - tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh puasa Fidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu mengqadha puasanya.

3. Ibu hamil/menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang akan:
  • Kandungannya terjejas atau Air susunya kering - Fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah diqadha sebelum melangkah Ramadhan akan datang. Sekiranya tidak mengqadha puasa sehingga masuknya Ramadhan, maka dikenakan fidyah berganda.
  • Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinya - Wajib qadha sebelum Ramadhan akan datang dan sekiranya masih belum mengqadha maka barulah dikenakan fidyah.

Pengiraan Mudah Pembayaran Fidyah:
  •  Tinggal puasa 1 hari tahun lepas, bayar 1 cupak.
  •  Tinggal puasa 2 hari tahun lepas, bayar 2 cupak.
  •  Tinggal puasa 1 hari 2 tahun lepas, bayar 2 cupak.
  •  Tinggal puasa 2 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
  •  Tinggal puasa 1 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 3 cupak.
  •  Tinggal puasa 2 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
Anda boleh merujuk SINI untuk lebih memahami.

Saya dan keluarga, selalunya membayar fidyah ini lebih dari sepatutnya, kerana khuatir timbangannya tidak mencukupi, dan adalah lebih baik membayar lebih. Dan kami sering melakukan pembayaran fidyah ini terus ke pusat-pusat atau rumah anak yatim miskin. Cuma, baru-baru ini kami mengetahui ianya boleh diganti dengan membayar dalam bentuk wang tunai bagi ganti beras kepada amil ataupun pusat zakat negeri.

Bila kenang-kenang, banyak gak puasa ditinggalkan sejak akil baligh dulu .. hmm ..


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pertama kali tahu tentang cara bayarannya...terima kasih... :)

    BalasPadam
  2. ha a, samalah, pastu tak ganti2 spi leni...hummm

    BalasPadam
  3. salam bro..

    saya pernah tanya pd org di pejabat agama berkenaan hal ni. kalo beras standard, secupak lebih kurang rm2.03. tp disarankan letak la dlm rm3. bg sesiapa yg mampu, blh la bg beras yg lebih baik. maybe secupak dlm rm5. lebih berkualiti, lebih baik. disarankan juga guna beras jati. tu bg sesiapa yg mampu. cara nak beri, bg terus pd fakir miskin atau org yg layak menerimanya. boleh beri dlm bentuk sama ada beras itu sndiri atau dlm bentuk wang tunai pd kadar sama nilai dgn secupak beras tu...ikut jugak jumlah hari yg tertinggal puasa tu mcm yg bro tulis. kalo byk hari yg tertinggal, maka byk la jumlah boleh diberi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement