As-Salam.
Tahukah anda bahawa pernah berlaku peperangan yang hanya berlansung selama tak sampai sejam pun! Hahahha...macam lawak je kedengarannya, tetapi itulah peperangan paling pendek pernah berlaku. Peperangan ini direkodkan sebagai Peperangan Anglo-Zanzibar.
Peperangan Anglo-Zanzibar
Berlaku selama 45 minit, antara kerajaan Inggeris dengan kerajaan kesultanan Zanzibar pada tahun 1896. Inilah perang terpendek yang direkodkan oleh sejarah. Peperangan ini adalah disebabkan perebutan kuasa antara mereka yang ingin menguasai takhta kesultanan Zanzibar, dengan penglibatan pihak Inggeris menyebelahi satu lagi pihak.
Kepulauan Zanzibar |
Peperangan Enam Hari
Ini merupakan peperangan antara pihak Arab dengan Israel. Ini berikutan ancaman Israel yang mengancam Syria pada 5 Jun, 1967. Pihak Israel telah melancarkan serangan terhadap angkatan tentera udara Mesir, yang menyebabkan ia lumpuh sama sekali. Peperangan selama 6 hari ini membolehkan Israel menakluk kawasan timur Jerusalem, Semenanjung Gaza, Tebing Barat serta Bukit Golan. Lebih sejuta orang awam Arab menjadi tebusan dalam kawasan baru yang ditakluk.
Peperangan Indo-Pakistan
Peperangan ini telah berlaku pada tahun 1971 akibat konflik antara 2 negara berjiran iaitu India dan Pakistan. Ia berlansung selama 13 hari! Sebab berlakunya peperangan ini adalah kerana pihak Pakistan telah melakukan serangan ke atas 11 pengkalan udara India dalam cubaan untuk menakluk barat India. India telah bertindak dengan membunuh lebih 9,000 askar Pakistan dan menangkap lebih 100,000 yang lain. Pakistan menyerah kalah kurang dari 2 minggu peperangan berlaku.
Peperangan India-Pakistan |
Sumber: urbantitan.com
wah dapat tahu sejarah ni....thanks share info...
ReplyDeletebtw nak mintak tolong saudara HH klik kat sini http://www.ourbestmoments.com.my/gallery-details/46194...
sue da masuk contest...dan kalo sudi mintak saudara HH promosi sekali.... tq ya..peace
wahhh .. thanks sharing... baru tau ada juga perang pendek... huhuhu..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.