As-Salam.
Antara salah satu mendapat trafik dari enjin carian ialah memberikan apa yang akan dicari menerusi enjin carian. Cuba anda lihat senarai-senarai blog yang hebat, hebat di sini ialah mempunyai ranking Alexa yang rendah (bawah 100,00). Tak perlu lihat followers sebb followers tak beri efek yang besar ke atas enjin carian.

Semua blog atau laman web tersebut memberikan apa yang dicari oleh kebanyakkan orang. Lihat sahaja entri2 yang berjaya menambat hati dan mengundang trafik, hampir semuanya boleh dikatakan dijana menerusi enjin carian. Dari enjin carian, anda boleh menerima pengunjung dari serata dunia.

Sebagai contohnya, sekarang musim peperiksaan, jadi buat entri mengenai perkara2 yang ada kaitan dengan peperiksaan. Anda boleh buat entri mengenai soalan-soalan contoh, tips tentang bagaimana nak menghadapi peperiksaan dan sebagainya. Bagaimana nak mencari bahan-bahan ini? Anda boleh rujuk pengelaman anda, atau jika anda seorang guru, anda boleh berikan sendiri contoh2 soalan yang anda fikirkan.

Lagi satu contoh, di hujung2 tahun ini, kebanyakkan pasangan yang dah asyik masyuk bercinta pasti akan mendirikan rumahtangga, maka mereka akan mencari maklumat mengenai segala persediaan perkahwinan. Anda boleh memberikan tips bagaimana nak handle majlis kahwin, atau boleh berikan senarai jurugambar terbaik untuk merakam saat2 bahagia. Pasti akan ada trafik kerananya. Lebih baik lagi, jika anda sendiri seorang yang ada kaitan dalam industri ini.

So, pergunakan pengetahuan anda untuk dikongsi berdasarkan apa yang mereka cari menerusi enjin carian. Sangat mudah bukan untuk mendapatkan trafik dari enjin carian? Jadilah yang pertama dalam memberikan info-info itu. Dan pastikan anda ping entri anda!

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. yup,memang setuju
    sebabnya blog saya sekarang nie ramai datang sebab diorang search soalan trial SPM

    BalasPadam
  2. owh,nice tip..baru dapat idea..thanx HH atas info yang bernas..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement