As-Salam.
Nak menjadi baik bukan susah, antara mahu dengan tidak mahu sahaja. Namun, harus saya akui bahawa bukan semua sifat terpuji itu dapat dilaksanakan serentak. Ini adalah kerana kita sebagai manusia sering berhadapan dengan musuh - nafsu dan hasutan syaitan.
Jadi, janganlah kita terlalu mendesak pula untuk orang lain menjadi baik, kerana kita tahu dan maklum, khilaf manusia itu tetap ada. Kerana itulah, kita perlu saling ingat-mengingati demi masa.
Dan ada masanya, kebaikan yang cuba kita tonjolkan disalah-ertikan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang lain, lalu timbul pula fitnah. Dari situ, dari perkara baik yang ingin dilakukan, jadi terbantut. Kita memperlekehkan kebaikan yang cuba dilakukan oleh orang lain, sedangkan kita sendiri tak pernah cuba untuk memperbaiki diri kita.
Kita skeptikal bila orang lain mula berubah, kita suka mengatakan; "Eh kau ni dah buang tebiat ke?" dan kita juga sering mengejek; dengan berkata; "Ala, sekejap je tu ..esok lusa jadi macam dulu balik" ....
Kita tak pernah nak menyokong kebaikan yang cuba ditampilkan, walhal sebelum ini, kita juga yang beriya-iya mengatakan itu perlu dibuat dan dilakukan.
Apa sebenarnya yang kita mahukan? Kita mahu orang lain berbuat baik, tetapi bila perubahan itu berlaku, kita pula yang menidakkannya. Kita mahu orang lain berubah, tetapi kita pula yang jadi dalang untuk membantutkan usaha.
Moga entri ini dijadikan sandaran untuk diri saya supaya sentiasa ingat akan diri, supaya sentiasa memberikan dorongan untuk perubahan yang lebih baik.
Changing for good is not a crime^^ quoted*
ReplyDeletewell orang kita ni memang suka 'berkata-kata' dari muhasabah diri sendiri...
ReplyDeletetu sbb org kata jgn sekadar cakap, tp buktikan juga dgn tindakan...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.