As-Salam. Masih ada blogger yang buat rumah terbuka khas untuk Aidilfitri lagi tak? Hmm .... HH rasa ... masih ramai lagi blogger yang sibuk pasal kisah raya ni - terutama bab pergi ke rumah terbuka dan juga membuat rumah terbuka.
Rumah terbuka untuk meraikan tetamu sempena hari raya memang dialu-alukan, tetapi ada adab yang perlu kita sedia maklum, dan jika boleh seboleh bolehnya ialah mengamalkan adab-adab ini. Bukan setakat kita nak meraikan tetapi kita mahukan apa yang kita buat itu tidak jadi sia-sia.
Dengan adab yang betul untuk buat rumah terbuka mahupun hadiri rumah terbuka .... insyaAllah ... kita akan dapat manfaat lebih selain dari perut yang kenyang dan seluar yang ketat ...hehehehe...

Adab Meraikan Tetamu Yang Hadir
- Menjawab salam dan menerima tetamu dengan hati terbuka serta senyuman.
- Hak seorang tetamu untuk dilayan adalah selama 3 hari - ini bermakna, anda berusaha menyediakan pakai, minum dan kemudahan keselesaan buat tetamu anda. Lebih dari itu, ia dianggap sebagai satu sedekah buat tetamu itu.
- Disunatkan untuk memenuhi tuntutan tetamu seandainya tidak melanggar syariat.
- Jangan menunggu sehingga tetamu datang untuk menyediakan makanan atau minuman, bersegeralah untuk menyediakan hidangan atau pelepas dahaga walaupun hanya air kosong (jika tiada benda lain).
- Berikan yang terbaik daripada apa yang anda ada, jangan pula diberikan benda yang lama, seperti contoh menghidangkan makanan semalam, diberikan pakaian lusuh dan sebagainya.
- Apabila tetamu ingin pulang, hantarkan tetamu itu sehingga ke luar rumah. Ucapkan salam sejahtera dan doakan keselamatan tetamu dalam perjalanan balik.
Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan tentang bagaimana kita perlu melayan tetamu yang hadir, baik di waktu rumah terbuka mahupun rumah tak berapa nak buka ... :P
Tetamu yang hadir membawa rezeki serta kebaikan, jadi gembiralah dengan kehadiran mereka walaupun di saat anda berada di dalam kemasalahan .... ia akan mengajar untuk diri kita bersabar.
Apa pon majlis tetamu perlu di di hormati..Tatatertib kita di majlis pon perlu di jaga :)
ReplyDelete@BeloG MTT betul betul betul
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.