Bukan tak pernah menjawab soalan teka teki ni, tetapi entahlah .... tiap kali jawab mesti akan terkena. Anda bagaimana? Saya fikir ramai dah reti dah menjawab soalan teka teki ni. Jawab ngan jujur ehhh .. tak mo ngelat ..... huhuhuhuhu...

Soalan Teka Teki Mencari Penyelesaian

Ok, soalan pertama berbunyi begini ....

Anda meyertai satu pertandingan lumba lari. Anda berjaya memintas orang yang dalam kedudukan tempat kedua. Sekarang anda berada dalam posisi tempat ke berapa?

Dah ada jawapan? Simpan dulu ehh ... jawab soalan kedua ni pula, ia dikira sambungan dengan soalan pasal pertandingan lumba lari tadi, sila jawab ehhh ye ...

Jika anda memotong orang terakhir, anda akan berada pada tempat keberapa?

Dah ada jawapan untuk kedua-dua soalan tadi? Ok, sekarang mari bandingkan dan lihat jawapan sebenar.

Teka teki mengenai lumba lari

Jawapan Soalan Pertama

Jika anda jawab anda akan berada di tempat pertama, maka jawapan anda adalah silap. Anda sebenarnya berada di tempat kedua mengambil alih tempat pelari tadi. Dan pelari tadi akan jadi tempat ketiga.

Jawapan Soalan Kedua

Jika anda jawab anda berada kedua terakhir, sekali lagi jawapan anda adalah silap. Mana mungkin pelari terakhir dipotong sebab dia dah memang yang terakhir.

Hmm ok nampak jawapan yang diberikan, dan fikir balik bagaimana otak kita membuat kiraan mudah ini silap hanya dengan beberapa trick soalan?

Dek kerana soalan-soalan mudah ini juga, saya merasakan betapa kita sering mencari jawapan yang kompleks sedangkan jawapan sebenarnya amat mudah difikirkan, penyelesaiannya tidaklah serumit yang disangka.

Itu sebab ramai yang suka berbalah.

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. hee..soalan2 macam kdg2 uji minda kita ni..walhal jawapannya mudah je..(^^,)

    BalasPadam
  2. bagus jgak buat mcm ni..sebab dia suruh kita berfikir bukan makan disuap je

    BalasPadam
  3. Kalau 'lambat pick up' punya orang susahlah faham ni...esok baru dia perasaan haha!

    BalasPadam
  4. Selalu orang jawab nak cepat je tanpa fikir. Tu yang terkena tu.

    BalasPadam
  5. bagus gak uji ketajaman minda pagi2 ni....

    BalasPadam
  6. soalan untuk mengenakan orang lain dengan helah yang begitu halus tanpa disedari..he.he.macam ni punya soalan tak apa juga kalau soalan yang menyakitkan hati bila ada yang bertanya dah kerja ke belum?kerja kat mana?gaji berapa?lemas dibuatnya :( diorang tak tahu keadaan saya macam mana kalau boleh tu memang nak bekerja tak payah disuruh..dengan soalan yang macam tu kadang-kadang malas nak pergi rumah atau berjumpa diorang

    BalasPadam
  7. Hahahaha... macam best jugak ni. Soalan yang kedua tu memang menguji sungguh. hahaha.

    BalasPadam
  8. jawapan pertama betul.. kedua salah pulak.. hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement