As-Salam.
Tetiba saya dapat satu idea untuk siri entri saya, kali ini saya akan tampilkan siri Sifat Blogger Terpuji dalam entri2 di blog saya ni. Sebelum ini saya pernah buat beberapa entri bersiri, termasuklah entri Seloka, entri Sejarah, entri Dunia Haiwan dan beberapa lagi yang memang satu ciri istimewa yang saya bawakan untuk blog ini.

Ok. Untuk yang pertama ini dalam siri Sifat Blogger Terpuji.

#1- Singgah Ke Blog Yang Komen Blog Anda

Untuk tampil mesra dan lebih dekat dengan pembaca blog anda, amalkan sifat ini. Ianya akan membuatkan mereka yang mengunjung blog anda terasa dihargai dan terasa bahawa mereka tidak komen dengan sia-sia (kebanyakkan pengunjung blog adalah blogger).

Daripada situ, anda sebenarnya mewujudkan satu bentuk jaringan komuniti anda sendiri, lebih-lebih lagi buat blog-blog yang mempunyai tema yang sama dengan blog anda.

Saya sering dapati kebanyakkan blog-blog yang tampil istimewa, yang sering keluar majalah, yang sering menjadi paparan blogger lain adalah blog2 yang mempunyai komuniti sendiri. Seperti contoh; blog mereka mengutarakan pasal fesyen, jadi kebanyakkan yang ikuti blog mereka juga sukakan fesyen. Tiada entri lain (kalau ada pun sangat sedikit) melainkan soal fesyen. 

Contohnya blog yang menceritakan soal keluarga. Banyak tips mengenai kehidupan bekeluarga dikongsi secara tidak langsung, jadi masing-masing saling komen, saling singgah untuk membaca entri masing-masing yang bergenre sama.

Singgah ... dan komen. InsyaAllah, followers akan bertambah, dan anda akan disenangi sebagai seorang blogger. Dan pasti, akan ada ramai lagi yang suka ... dan menjadikan anda blogger yang peramah kerana suka membalas kunjungan dan memberikan komen.


16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya setuju dengan entry ni. dengan menerjah balik blogger yang komen entry kita, kita secara tak langsung hargai dorang dan dorang rasa nak datang ke blog kita lagi.

    MOHD NASER.com

    ReplyDelete
  2. kalau tak sempat jawab komen, cukuplah sebut hai! kt shoutbox, itupun dh buat org rasa lega.

    ReplyDelete
  3. hargai setiap blogger yang singgah kt blog sy dan drop komen...

    ReplyDelete
  4. Mas pun hargai mereka yang datang singgah dan komen kat blog Mas... akan balas semua komen jika berkesempatan!

    ReplyDelete
  5. yup ! sokong sangat . linda pernah rasa down gila bila linda buat entri untuk orang baca tapi senyap .. takde satu pun komen . kalau macam tu , bila tahap penulisan kita nak maju kan ?

    ReplyDelete
  6. sangat betul tu...saya harus lebih gigih mengomen blog kawan2 lepas ni...

    ReplyDelete
  7. HH pon pernah singgah blog sy...tq2..

    ReplyDelete
  8. setuju dengan entry ni, sy sndiri rs dihargai bila singgah mn2 blog, komen, kmudian mereka balas balik kunjngan kita, dan ada jg yg follow, sy pun m'amalkannya....

    ReplyDelete
  9. Cara yang sangat berkesan untuk memupuk kemesraan antara blogger.

    ReplyDelete
  10. saya telus di sini, hanya akan beri komen jika kita ada pendpt ttg entri yang diterbitkan oleh rakan blogger. Saya tetap bls kunjungan teman, cuma jangan "paksa: saya beri komen. Sebab tu saya tak pasang widget top komentar. selain daripada blog saya pun tak ramai yg dtg komen..hehhe..nasiblah labu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement