Ada blogger baru memberitahu HH, Twitter boleh menarik pengunjung ke blog jika kena caranya. Aha.... ini mungkin tak berapa berkesan jika followers tak berapa ramai, namun baru-baru ini, saya telah mencuba kaedah Twitter untuk merangsang kunjungan ke blog saya ini.
Hasilnya? Tak berapa menjadi ... hehehehe.... namun ada beberapa perkara yang ingin HH kongsikan kepada anda, khasnya buat mereka yang nak tarik trafik ke blog menggunakan twitter.
Jadilah follower kepada mereka yang ramai followers, terutama bloggers serta golongan artis. Kenapa? HH ada entri yang telah diretweet oleh golongan artis terutama yang dikaitkan dengan mereka. Untuk itu .. anda perlu tambah @nama artis tersebut untuk mendapat kunjungan. Bukan mereka sahaja, malah peminat2 mereka akan teruja dengan tweet tersebut jika kena dengan kata kunci anda.
Pastikan anda memaparkan kisah-kisah yang ada hubungan terus mengenai mereka. Pasti nanti akan ada kunjungan yang tak dijangka.
Anda juga boleh lakukan perkara yang sama untuk entri berkaitan blogger, pastikan kata kunci atau trend dimasukkan ke dalam tweet anda untuk anda tweet entri anda tersebut.
Caranya adalah dengan meletakkan hashtag (#).
Sebagai contoh: #LisaSurihani bakal mengahwini #YusryKRU @LisaSurihani @YusryKRU http://hasrulhassan.com/LisaKawinYusry.html
Hmm cara begini mungkin pada sesetengah blogger seperti satu cara yang tak berapa elok untuk dipraktikan namun ia boleh mengundang trafik serta komen terus dari mereka yang ada kaitan dengan isu yang dipaparkan dalam entri blog. Pastikan anda lakukan kaedah ini dengan cara berhemah ehh ...
Selamat mencuba.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.