As-Salam.
Keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu memang agak merisaukan. Bukan sahaja penyakit mudah hadir tetapi juga bahaya-bahaya lain. Menurut pihak Jabatan Kaji Cuaca, amaran telah diberikan kepada negeri-negeri sebelah utara dan juga pantai timur untuk bersedia menerima hujan yang agak banyak pada hujung tahun ini.
Hujan yang berterusan itu dikhuatiri akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan terbabit. Jadi, jika anda berada di kawasan2 terbabit, hendaklah bersedia untuk sebarang kemungkinan, apatah lagi tatkala hujan sedang turun mencurah-curah tanpa reda.
Jika banjir, pastikan anda terhindar dari bahaya yang bakal ada ini.
4 Bahaya Ketika Banjir Melanda
- Lemas
- Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
- Terkena renjatan elektrik
- Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu
Awas, sentiasa berhati-hati. Jangan jadi mangsa apabila semuanya boleh dielakkan dari berlaku.Ikuti nasihat pihak berkuasa yang telah diberikan dan akan diberikan. Banjir bukan pesta air, ia boleh memudaratkan jika kita ambil sambil lewa akan akibat dan kesan.
agak2 kat johor bnjir x taun ni.. harap2 tak la.. btw .. tq for sharing
BalasPadamkampung saya tiap2 tahun mesti kena banjir...
BalasPadamaduh..huhu..bukan setakat di pantai timur dan utara sahaja, kemungkinan bahagian selatan juga akan turut terkena tempias. tidak sanggup menghadapi banjir sekali lagi.
BalasPadamSalam bro
BalasPadamDah besa kena Bah(Banjir)
@mas saari Tiap2 tahun basah la yer Mas? hehehee.. huhuhu...
BalasPadammungkin byk lg bahaya time banjir. sbb itu elok kalo berada di tempat tinggi.
BalasPadamtapi ramai org lebih suke mndi air banjir..
BalasPadambiarpun air tu kotor campur dengan saluran tangki najis..
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.