As-Salam.
Teknologi telah mengubah gaya hidup masakini. Lebih banyak masa dihabiskan di laman web sosial daripada bersosial itu sendiri. Kebanyakkan dari kita lebih suka dan selesa berada di hadapan laptop dan juga komputer dari bertemu rakan atau berjumpa kawan di kedai-kedai kopi ataupun di perpustakaan.

Semakin lama, tanpa sedar kita makin kurang bertemu dan bercakap dengan manusia secara fizikal. Apa yang kita buat ialah bercakap dengan menggunakan papan kekunci dan komputer kita, paling tidak pun menggunakan twitter di telefon bimbit - tanpa menelefon rakan tersebut walaupun ada nombor telefon pada speed dial.

Berikut dikongsikan apa yang boleh saya katakan apabila seorang itu benar-benar ketagih dengan dunia online ini.

5 Petunjuk atau Tanda Anda Habiskan Banyak Masa Secara Online
  1. Apabila kita ingin berbicara dan memberikan pandangan, nak gaduh ke apa ke, kita akan menggunakan Twitter sebagai tempat luahan. Bukan lagi cakap secara direct atau paling tidak pun menelefon. Twitter jadi tempat nak komen pasal orang lain, tempat mengumpat, tempat tabur fitnah, tempat caci maki dan sebagainya.
  2. Anda akan melakukan banyak perkara ketika online. Jika dulu, internet digunakan untuk mencari maklumat, tetapi kini anda akan buat blog, tulis blog, online YM, online SKYPE, buka twitter, download video di YouTube dan segalanya pada masa yang sama.
  3. Anda dah kurang menonton televisyen (percuma). Anda lebih suka tonton secara online kerana lebih update, lebih pantas, tanpa iklan! Set TV di rumah anda walaupun skrin leper 42 inci, ia hanyalah sekadar hiasan di dalam rumah.
  4. Apabila anda bercakap soal kawan, anda lebih suka bercerita mengenai kawan online anda daripada kawan dunia realiti. Anda menjadikan kawan online anda sebagai teman paling akrab dalam hidup anda sedangkan anda belum pernah berjumpa dengannya.
  5. Anda dah menjadi sangat informatis, anda mengetahui sesuatu perkara sebelum perkara itu berlaku lagi. Ini mungkin kerana anda banyak menghabiskan masa membaca blog2 ... yang mungkin terdapat puluhan, dan ratusan blog yang ada baca dalam satu hari!


Adakah anda salah seorang darinya? Hehehehe....

    14 Comments

    Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

    1. belum sampai ke tahap tu lagi kot...

      ReplyDelete
    2. @Coolman pssstttt ... leh tolong downloadkan tak?

      ReplyDelete
    3. rasanya tak kritikal la, tapi gaya hidup memang dah berubah..

      ReplyDelete
    4. alamak.... dah ada tanda sikit2... huhu.. tp yg no 1 tak termasuk.. hehe

      ReplyDelete
    5. Alamak kena kat diri sendiri. hehe

      jom singgah sekejap:-
      http://pemudattbc.blogspot.com/2011/10/gambar-anda-telah-di-sabotaj-benarkah.html

      ReplyDelete
    6. adoiii! terkena kat diri sendiri la plak. hehehehe

      ReplyDelete
    7. HAHA.. mmg dah ada skit2 simptom tu.. tp sy cuba utk tidak menabur fitnah atau mencaci di laman sosial.. yg lain2 mungkin ye.. HAHAHA

      ReplyDelete
    8. Hahaha.. Menarik ni.. Mohon share..

      ReplyDelete

    Post a Comment

    Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

    Previous Post Next Post

    Advertisement

    Bisnes Shopee

    Advertisement

    BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

    Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


    Advertisement