Anak Kecil Pun Tahu Menggunakan Akal. Foto: Lensahasrul |
As-Salam.
Kita manusia sangat bertuah kerana Tuhan telah mengurniakan segala kelebihan di samping makhluk-makhlukNya yang lain. Dan antara terhebat ialah akal. Akal bukan semua makhluk ada .... tetapi manusia, telah disifatkan diberikan akal supaya dapat berfikir dan menggunakannya ke arah jalan kebaikan.
Sayang sekali, ramai juga antara kita yang menyalahgunakan akal ini. Bijak ..memang dah bijak, tetapi sayang kebijaksanaan itu digunakan untuk perkara-perkara yang dilarang agama, undang-undang serta adat dan budaya.
Bukan tak tahu menilai mana yang betul atau salah, tetapi .... tewas gamaknya dengan pelawaan syaitan dan nafsu.
Akal merupakan jiwa otak. Akal sesuatu yang tak kita nampak tetapi kita boleh tahu siapa yang punyai akal, dan siapa yang tak punya akal. Otak sudah tentu ada.... sebab kalau tak ada otak ... bukan manusia la tu ...
Akal itu ada akarnya, jika akar akal itu berpandukan agama, insyaAllah ... segala difikirkan menggunakan akal akan didahulukan agama.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.