As-Salam.
Ya, pencapaian yang dicapai mesti ada jurupandunya. Begitulah dengan blog ini. Saya macam anda juga bermula dari bawah, dari tak ada followers kepada dah capai lebih dari 2,000. Bangga? Saya fikir kebanggaan itu milik anda semua, sebagai pengunjung setia dan juga pembaca budiman. Kalau tanpa sokongan anda, tak tentu lagi blog www.hasrulhassan.com ini boleh berada seperti sekarang.

Saya mengampu anda. Tentulah. Buat apa saya nak berikan pujian kepada mereka yang tak suka pada blog ini? Ye tak? Tapi saya tak salahkan mereka pun. Mereka punyai alasan sendiri untuk merasa tak selesa. Saya faham. Saya pun pernah rasa geram macam mereka ni juga.

Tapi itulah, seperti awalnya saya katakan tadi, setiap usaha untuk mendapatkan kejayaan itu tentu ada pemangkinnya. Saya nak sebut semuanya tetapi saya nak highlight nama-nama ini, mungkin ada di antaranya nama besar dalam dunia blog, dan ada pula seperti saya, cuba melakukan yang terbaik untuk blog dan untuk anda.

Mereka ini antara yang telah membawa kejayaan buat blog ini:

Ben Ashaari - Beberapa kali blog saya menjadi blog pilihan, header pilihan, bermula dari akhir tahun 2010, blog ini telah banyak membantu www.hasrulhassan.com menerima kunjungan dan pertambahan followers.

Redmummy - Saya terharu kepada RM sudah singgah dan berikan backlink kepada blog saya. Dan entri2 berkaitan dirinya, blognya secara rasminya 'direstui' untuk penerbitan di blog ini, terutama berkaitan Nuffnang dan income dari blog.

Mas Saari - Yang sedikit sebanyak telah memberikan aura positif kepada blog ini. Beliau juga bertanggungjawab calonkan blog ini untuk Digi Awards. Mula berkenalan sebagai blogger apabila saya menang salah satu giveaway/contest yang dianjurkan.

Puan Stoberi - Antara pemangkin untuk saya bersikap positif dengan blog saya. 

Tengkorak Emas - Banyak berikan saya dorongan dalam dunia blog.

Mazidul Akmal - Seorang wartawan dan blogger yang agak keras dan kritis, tetapi banyak followers dan trafik saya dapat dari blog beliau satu ketika dahulu.

Prof. Wan Hashim - Antara yang pertama menjadi follower blog saya, seorang bekas boss yang awesome, dan yang menjadi antara sebab saya teruskan dunia blog saya.

Puan Sue - Seorang blogger yang memberikan saya idea tentang bentuk blog, susun atur dan tentang bagaimana nak pikat pengunjung membaca entri mengenai famili.

Blade Edge - Antara pembaca paling setia pernah saya ada dalam blog ini. Sehingga sekarang, terdapat beratus komen daripada blogger ini.

Fatin Liyana dan Cik Epal - Pengunjung yang prihatin.

Wirda Azurainie - Antara blogger yang saya suka dan antara yang pertama yang menjadi 'kawan' dalam dunia blog.

Ayuni - Antara blogger yang mengajar saya untuk sentiasa menghargai pengunjung, pemberi komen, dan followers blog ini.

Puan Weiyda - Yang satu dulu memang antara paling banyak menghiasi ruangan komen blog ini.
Azman Roslan - Yang telah memberikan blog ini lebih pendedahan menerusi beberapa segmen yang popular pada tahun 2010.

Moon - Juga antara pemangkin untuk saya terus setia dengan blog saya sendiri.

Dan ramai lagi termasuklah anda semua ... 

Kebanyakkan 8000 komen pada blog ini saya masih simpan dalam inbox email saya sebagai rujukan untuk masa hadapan. Dan setiap kali saya buka kotak inbox untuk mencari komen2 yang bermakna, banyak nama blogger yang muncul .... 

Terima kasih semua.

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tahniah HH..ramai rakan blogger yang baik dan power2x sudi bantu blog nie..

    bila la saya nak dapat peluang yang sama camni :D

    BalasPadam
  2. Itulah untungnye bile ramai kenalan kan.. :)

    BalasPadam
  3. @anGah Untung sebb dapat kenal secara online dengan mereka ni. Banyak penglibatan mereka ni di awal2 blog ini nak naik ..

    BalasPadam
  4. @azrijohan Ada yang benar2 bantu, namun nak ditegaskan, apa yang dibuat adalah merupakan usaha, usaha untuk kenal blogger lain yang dah mantap, dan tempatkan diri kita dalam kalangan mereka ..supaya leh dapat aura positif...hehehee

    BalasPadam
  5. sama2... apa yg baik tu elok la dikongsikan. jgn makan sorang2.. hehehe

    BalasPadam
  6. salam alaik

    terima kasih kepda bro juga. sejak join contest tempoh hari ada penambahan follower..

    ^_^

    May Allah bless u.. Insha Allah

    BalasPadam
  7. bilalah aku nak jadi macam bro plak...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement