As-Salam.
Cemburu. Kalau bijak menggunakannya ia akan menjadi pendorong untuk mengecap kejayaan, tetapi seandainya terlebih cemburu dan menjadikannya sebagai salah satu penyebab menjatuhkan orang lain, aisehhh ... tak baik lo.

Tak salah nak cemburu tetapi biarlah bertempat dan biarlah dijadikan sebagai pembakar semangat untuk memajukan diri sendiri. Dalam dunia blog, sepatutnya kita patut tumpang gembira dan seronok apabila ada blogger telah berjaya mencapai segala macam kejayaan menerusi blog.

Bukan mudah nak tampil berjaya dalam dunia blog tatkala dunia blog dah sesak dengan pelbagai blog dari pelbagai platform ini. Jika tak kuat, pasti kelak berlaku bila yang nak singgah; tetiba keluar mesej berikut di pelayar internet - "Blog Not Found" atau keluar error "URL Not Found" ....

Ucapkan syabas, dan berikan lebih semangat buat mereka dah berjaya ini. Jadikan mereka sebagai contoh untuk berjaya sama, ikuti jejak langkah, dapatkan panduan dari mereka. Cemburulah mereka dengan kejayaan bersama tanggapan positif, buat apa cemburu nak memaki dan mencaci ... sambil tabur fitnah yang ntah apa-apa. 

Untuk saya, kesekian kalinya saya jadikan mereka yang telah mencapai kehebatan dalam dunia blog sebagai idola maya saya khas buat blog-blog saya.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima Kasih hh..

    anda pendorong saya.. ^_^

    Jom baca:
    http://pemudattbc.blogspot.com/2011/10/paling-murah.html

    BalasPadam
  2. cemburu gak kat bro sbb buat blog awal dari aku. tapi cemburu itu je lah. cemburu baiklah katakan...

    BalasPadam
  3. jadikan cemburu sbg motivasi utk majukan diri, bukan sbg dendam utk jatuhkan org lain.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement