As-Salam.
Bagaikan tersepit. Yang menjual, nak untung untuk perniagaan, kalau tak naik, terpaksa tampung kos yang dah makin meningkat. Yang membeli pula, terbeban dengan segala kenaikan. Itu naik, ini naik. Dari sekecil2 benda hingga ke benda yang membina bangunan dan jambatan.
 
Nak boikot? anjurlah macamana pun, suara pengguna di negara kita masih tak kuat. Bukan maksud nak kena jerit dan pekik, tetapi kekuatannya tiada. Kalau ada pun, setakat didengar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Pasti, yang jadi mangsa, adalah mereka yang sudahpun perit akan kehidupannya.

Bak kata seorang menteri ni, nak boikot atau tidak, terpulang pada individu, kerana mereka yang akan membeli. Ianya bukan dilakukan secara kumulatif. Pada pandangan saya, jika nak boikot, minta kerjasama dengan pasaraya besar, dengan peniaga, pujuk mereka, minta mereka jangan ambil barang yang harganya terlalu mahal untuk dijual. Jika permintaan jadi kurang, mahu tidak mahu barangan yang dah berlambak kat gudang terpaksa juga dijual dengan harga yang lebih munasabah.

Tapi itulah, di mana punca sebenar kenaikan ini? Siapa yang mulakan dulu? Dari mereka yang mengeluarkan bahan mentahkah? Dari mereka yang membungkuskah? Dari para pengedar? Pengeluar? Atau sebenarnya adalah taktik peniaga yang sengaja nak kaut untung lebih?

Kita sebagai pengguna ada hak untuk pilih, sama juga haknya apabila kita nak pilih kerajaan. Berbelanja dengan bijak, dan cuba fahami .... seandainya barangan yang dijual mahal kita beli dan beli, tak mustahil ia akan terus kekal mahal ... dan mungkin akan jadi makin mahal, kerana kita masih membeli walaupun harga dah makin naik.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kcian pd mereka yg berpendapatan rendah dkt kg2 tu..huhu..

    BalasPadam
  2. jom cuba berbelanja di kedai 1 malaysia...!

    BalasPadam
  3. Salam alaik

    Sudah masanya. Komuniti islam buka pasar raya yang dipegang oleh orang Islam sendiri. Agar barangan yang kita nak beli tak terikat oleh bangsa lain..

    Masa perayaan kita,mereka sembunyikan barangan. masa perayaan mereka. sedikit pun mereka tidak sembunyi, adilkan ?

    ^_^

    sekadar pandangan..

    Jom baca:
    http://pemudattbc.blogspot.com/2011/10/ustaz-kazim-tanda-tanda-mendapat.html

    BalasPadam
  4. SALAM,
    ENTAHLAH, KITA NI SBG PENGGUNA SENTIASA MENJADI MANGSA. RASANYA, KALAU TAK NAIK GAJIPUN, HARGA AKAN TETAP NAIK TERUTAMA KETIKA MENJELANG PERAYAAN.

    BalasPadam
  5. kalo harga barang2 pun naik, gaji pun patut kene naik la.....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement